Tuesday, April 20, 2010

SUP BEBOLA IKAN


Harini husband tak berapa sihat. Demam sikit. Jadi untuk menu makan malam, aku masak sup bebola ikan. Selalunya susah nak dapat sediakan sup yang betul2 sedap tanpa menggunakan kiub ayam atau lain2 bahan perasa. Selalunya aku akan elakkan untuk menggunakan apa2 bahan perasa. So… ini antara percubaan terbaik sup aku. Rasanya boleh tahan sedapnya mungkin sebab ayam tu direbus agak lama dalam api yang kecil (dalam satu jam i.e. sebaik aje sampai rumah dalam 6.45 petang sampai pukul 7.30 malam). Selera betul semua makan malam tu. Sup licin abis……


Bahan2: -


1 mangkuk kecil ayam – potong sederhana kecil

Bebola ikan – ikut suka banyak mana

2 batang serai – potong 2 dan ketuk

1 buku bawang besar

½ buku bawang putih

1 buku kecil halia

Lobak merah, Bunga kubis dan cendawan – ikut suka banyak mana nak letak

Daun bawang dan daun sup – hiris halus ½ mangkuk kecil

5 biji bawang kecil – dibuat bawang goreng

½ mangkuk daun saderi yang telah dipotong

1 biji tomato – potong enam bahagian

Sedikit buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang

Garam secukup rasa

Cara2: -

(1) Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan buah pelaga dan kulit kayu manis.

(2) Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis hingga naik baunya.

(3) MAsukkan yam dan biarkan ia merenih dalam lima minit. Kemudian baru masukkan air ikut banyak mana kita mahukan. Masukkan serai dan daun saderi dan biarkan ia selama 1 jam dalam api yang kecil.

(4) Selepas satu jam, masukkan semua sayur – sayuran, tomato, bebola ikan dan garam.

(5) Sesuaikan rasa dan tutup api. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup. Kalau untuk orang dewasa boleh letakkan sedikit cili api yang diketuk kedalamnya. Boleh makan dengan nasi panas atau begitu sahaja.

2 comments: