Sunday, August 9, 2009

COMPLETE SET OF NASI MINYAK


Nasi minyak hujan panas ini merupakan favourite suami dan anak2 aku. Gambar kat atas tu ialah our combination of nasi minyak. Try !!


BAHAN2:
4 pot beras - basuh dan toskan
3 cawan air
1 cawan susu cair
2 batang kulit kayu manis dan 3 biji bunga lawang
1 buku bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia - seketul yang sederhana besar - hiris besar2
4 sudu minyak sapi
garam secukup rasa

CARA2:
(1) Bawang besar dan bawang putih dikisar halus.
(2) Di dalam rice cooker, masukkan minyak sapi dan biarkan ia cair.
(3) Apabila cair dan sudah agak panas, masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
(4) Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
(5) Masukkan susu cair dan air kosong. Biarkan ia mendidih sedikit.
(6) Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan tadi.
(7) Masukka garam, kacau rata dan biarkan nasi masak.
(8) Apabila nasi telah masak, titiskan pewarna hijau dan merah di beberapa bahagian secara berselang seli.
(9) Kacau rata nasi dan hidangkan dengan menabur bawang goreng diatasnya.


Masakan ini diajar oleh wan aku semasa aku di tingkatan lima, 17 tahun lepas. Cepatnya masa berlalu.. sekarang wan pun sudah semakin tua, semakin uzur berbanding 17 tahun lalu.. tapi syukur sebab sepanjang usianya yang masih sihat, aku telah berkesempatan belajar macam2 masakan darinya.. wan pun memang suka kalau mengajar aku, maklum le.. aku le sorang2nya cucu yang memang interested sangat pasal benda2 ni...

Acar rampai ni masa aku kecik2 dulu memang mesti ada kalu kenduri kawin kat kampung aku. Skarang ni dah macam2 masakan moden masa kawin, susah jugak nak jumpa acar ni.. nasib baik aku blajar kan..:) bila aku kawen, suami aku pun memang suka dengan masakan ni... Anak sulung aku pun suka... kepada adik2 aku dan sepupu2 aku, boleh lah korang refer resepi ni kalu rasa2 macam nak makan..

BAHAN2:-

2 batang timun
1 batang lobak merah
1 buku bawang besar - dikisar halus
1 buku bawang putih - dikisar halus
10 biji buah keras - dikisar halus
1/2 cawan udang kering - dikisar halus
3 biji lada besar - dipotong memanjang
5 biji bawang merah kecil - dibelah empat bahagian
2 senduk cuka
3 senduk gula
Kulit kayu masnis dan bunga lawang
Garam secukup rasa

CARA2: -

(1) Timun dibasuh dan dikerat kepada 5 bahagian. Untuk setiap bahagian, buang isinya dan hiris memanjang sederhana besar. Gaulkan dengan garam dan kunyit dan toskan didalam tapis selama lebih kurang 3 jam. Air timun akan keluar dan timun akan menjadi kering. Ini penting supaya timun akan menjadi rangup walaupun sudah dimasak nanti.
(2) Lobak merah di basuh bersih dan dihiris halus2.
(3) Panaskan minyak didalam kuali dantumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang.
(4) Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik baunya.
(5) Kemudian masukkan buah keras dan udang kering yang telah ditumbuk halus.
(6) Masukkan cuka dan garam. Biarkan mendidih dalam api yang kecil.
(7) Apabila bahan tumisan menjadi agak likat, masukkan timun, lobak, bawang merah dan lada merah. Kacau seketika sehingga betul2 rata.
(8) Paling sesuai dimakan dengan nasi minyak - masa kenduri ataupun hari raya...


Bahan2: -

1/2 ekor ayam - dibersihkan dan gaul dengan garam dan kunyit
1 mangkuk cili boh
2 biji bawang besar, 5 ulas bawang merah dan 1 buku bawang putih - kisar

1/2 mangkuk kecil sos tiram
1/2 mangkuk kecil sos cili
1/2 mangkuk kecil sos tomato
1 mangkuk daun ketumbar yang dipotong panjang
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar - dihiris sederhana halus
1 biji tomato - dibelah enam bahagian

Cara2: -
(1) Goreng ayam hingga masak - tetapi tidak terlalu garing
(2) Tumiskan bahan kisar dan cili boh hingga naik bau dan biarkan garing
(3) Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
(4) Masukkan garam dan gula. Tuangkan satu cawan air dan biarkan mendidih.
(5) Apabila mendidih, masukkan ayam, bawang hiris dan buah tomata. Kacau hingga raa. Sesuaikan rasa.
(6) Tutup api dan masukkan daun ketumbar. Gaul hingga rata.


Bahan2: -
6 biji telur ayam - direbus
1 mangkuk bahagian2 ayam yang bertulang i.e. leher, kepak , etc
1 peket kecil rempah kurma
1 mangkuk santan
2 biji kentang - dipotong empat
4 potong lobak merah
1 biji buah tomato - dibelah empat
1 biji bawang besar, 6 ulas bawang putih dan satu inci halia - di kisar
Kulit kayu manis dan bunga lawang
Satu biji bawang besar - dibelah empat
Dua biji lada hijau - dibelah dua- tetapi jangan putus
Garam secukup rasa

Cara2: -
(1) Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan2 kisar hingga naik bau.
(2) Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.
(3) Masukkan ayam dan satu cawan air. Biarkan hingga ayam masak.
(4) Apabila ayam sudah masak, masukkan santan dan kentang serta lobak.
(5) Biarkan kentang dan lobak empuk.
(6) Masukkan garam, tomato, bawang besar dan juga lada besar.
(7) Sesuaikan rasa dan tutup api.
(8) Tuangkan kuah kurma kedalam mangkuk dan masukkan telur yang telah dibelah dua.

Friday, August 7, 2009

BIHUN KARI


BAHAN2:-
1/4 ekor ayam - di potong kecil
1 mangkuk (saiz mangkuk air basuh tangan) rempah kari - bancuh dengan air
1 biji kelapa - dapatkan santannya
1 biji bawang besar - kisar
1/2 buku bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
3 sudu cili boh
3 biji bawang merah kecil
- mayang halus
kulit kayu manis dan bunga lawang
fish cake dan fish ball
Udang - 1 mangkuk kecil
Kerang - 1 mangkuk kecil
Tauhu kering - dipotong jadi satu mangkuk kecil
1 biji buah tomato - dipotong empat
Sawi - dicelur satu mangkuk
Taugeh - dicelur satu mangkuk
bawang goreng
bihun - dicelur

CARA2:
(1) Di dalam periuk, tumiskan bawang kecil yang dimayang halus, bunga lawang dan kulit kayu manis.
(2) Tumiskan bahan2 kisar hingga naik bau.
(3) Masukkan rempah kari dan biarkan hingga garing.
(4) Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ayam masak.
(5) Apabila ayam masak, masukkan santan, udang dan fish cake& fish ball.
(6) Biarkan hingga mendidih.
(7) Masukkan buah tomato dan sesuaikan rasanya.
(8) Tutup api dan masukkan kerang dan tauhu kering.
(9) Hidangkan dengan sawi dan taugeh yang telah dicelur dan taburkan bawang goreng..

AYAM CASHEWNUT

Bahan2: -

1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar dan dibasuh bersih.
1 biji bawang besar dan setengah buku bawang putih - dikisar.
1 buku halia - sebesar ibu jari - dihiris tebal.
1 biji bawang besar - dibelah 6 bahagian
1/2 mangkuk kecil sos tiram
1/2 mangkuk cili kering - di basuh dan dipotong dua
1 mangkuk cashewnut
1 mangkuk daun bawang

Cara2: -

(1) Gaulkan ayam denga garam dan kunyit - goreng hingga masak tetapi jangan terlalu garing.
(2) Goreng lada kering dan asingkan.
(3) Goreng cashewnut dan asingkan.
(4) Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan cili
boh, sos tiram dan kicap manis dan biarkan hingga masak.
(5) Masukkan sedikit air supaya tidak hangus dan kecilkan api.
(6) Masukkan ayam, bawang besar yang telah dibelah enam, cashewnut dan tomato. Biarkan
mendidih sedikit.
(7) Rasakan garam dan gula. Masukkan daun bawang dan cili kering yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.

BENDI NYONYA




Bahan2:-

1 mangkuk bendi
1 mangkuk lada besar dan ditambah dengan beberapa biji cili api
Sedikit belacan - anggaran sebesar ibu jari
2 biji bawang besar
1/2 buku bawang putih
5 ulas bawang kecil - mayang halus
1/4 mangkuk udang kering
1/4 mangkuk air asam jawa

Cara2: -
(1) Panaskan air setengah periuk kecil dan letakkan garam satu sudu kecil.
(2) Apabila air mendidih, masukkan bendi dan celur sehingga lembut. Tuskan bendi dan susun dalam pinggan.
(3) Kisar lada besar, cili api, bawang besar, bawang putih, udang kering dan belacan.
(4) Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang kecil yang di mayang halus. Kemudian masukkan bahan (3).
(5) Kacau bahan dalam api sederhana kecil dan masukkan air asam jawa.
(6) Masukkan garam dan gula dan biarkan mendidih.
(7) Apabila masak, tuangkan diatas bendi yang telah dicelur tadi.

AYAM MINYAK




Masakan ini asalnya daripada family husband aku. Aku memang tak pernah jumpa lauk ni sebelum aku kawin. Mula2 macam pelik aje tengok masakan ni.. Sebab penuh dengan minyak dan asam jawa.. Aku tanya laki aku, ni lauk orang jawa keer??? Tapi dia kata bukan..Nak masak senang sangat.. Sekali tengok memang macam tak sedap. Tapi rasanya okey !! Ni memang favourite laki aku and skarang anak sulung aku, alea pun suka jugak.. Cuma fikri dan irfan buat masa ni tak tau lagi nak makan ni.. Boleh cuba yea....

Bahan2: -
1/2 ekor ayam - dipotong dan dibasuh bersih - toskan
Asam Jawa - Dalam tiga sudu besar
Sedikit garam
1 mangkuk (besar mangkuk air basuh tangan tu) minyak masak.

Cara2: -
(1) Gaulkan ayam dengan asam jawa dan garam.
(2) Panaskan minyak dalam kuali.
(3) Apabila minyak dah panas, masukkan ayam kedalam kuali. Masukkan satu mangkuk air dan
tutup kuali supaya cepat masak.
(4) Sesekali kacau ayam tersebut dan biarkan hingga air kering dan tinggal minyak sahaja.
(5) Tutup api dan hidangkan.
(6) Mungkin cara2 in itak begitu jelas. Jadi aku sertakan gambar2 sebagai panduan :)

KEK COKLAT LEMBAB




Bahan-bahannya

170 gm butter

396.9 gm gula castor

3 biji telur ayam


Bahan-bahan ini dibancuh bersama

1 sudu teh NESCAFE

1 sudu teh air panas

1 sudu teh esen vanila

1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste


Bahan-bahan ini diayak bersama

230 gm tepung gandum

70 gram serbuk koko

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh soda bicarbonate

1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


Cara-caranya

(1) Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

(2) Masukkan telur satu persatu.

(3) Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

(4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaulkan adunan dalam satu arah sahaja.

(5) Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.

(6) Bakar dalam loyang yang telah digris.

(7) Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang


Bahan untuk Topping

1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis

1 sudu teh esen vanila

1/2 cawan butter

1/3 cawan serbuk koko

sedikit garam


Cara-cara

(1) Campurkan susu, koko dan minyak.

(2) Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat dan sentiasa kacau.

(3) Masak hingga pekat.

(4) Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Boleh taburkan dengan badam bakar atau colour rice.

** kek ni my daughter, alea yang decorate (mase tu dia 6 tahun..)



reference : resepi diana.. thanks diana - its great :)

DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN

Bahan-bahannya
1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
¾ cawan gula kaster
½ cawan serbuk koko
100 gram mentega, dicairkan
1 biji telur
¾ cawan yogurt
½ cawan susu cair
½ cawan coklat cip

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko bersama dan masukkan gula.
3. Pukul telur dan esen vanilla, masukkan kesemua bahan cecair kedalam adunan tepung.
4. Kaup dan pusing satu arah menggunakan garfu sehingga tepung serata bersama adunan yang lain.
5. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah dilengser.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.