Sunday, April 17, 2011

KUIH KETAYAP @ KUIH GULUNG





Bahan2:-

(i) Untuk Inti

1 biji kelapa (pilih yang muda sikit - parut dan ambil putihnya sahaja)
gula merah - masak dengan sedikit air dan tapis.
gula putih
2 helai daun pandan


(ii) Untuk kulitnya

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air daun pandan (5 helai daun pandan - blender dengan sedikit
air)
sedikit garam


Cara2: -

(1) Untuk membuat intinya, masukkan kelapa, air gula merah dan gula putih kedalam kuali. Sukatan gula bergantung kepada rasa manis yang dikehendaki.
Masukkan daun pandan dan kacau kelapa atas api yang kecil. Kacau selalu hingga kelapa masak.

(2) Untuk membuat kulitnya, masukkan tepung gandum, air daun pandan, garam dan air dan kacau adunan hingga sebati. Kalau tepung berktul2, boleh masukkan dalam blender dan blend hingga halus. Adunan tepung ini tidak terlalu cair dan juga tidak terlalu pekat. Macam nak buat lempeng tu..

(3) Bila kedua2 bahan2 diatas dah siap, panaskan kuali (sebaik2nye guna kuali leper). Ambil daun pandan dua helai dan simpulkan. Celupkan daun pandan dalam minyak dan sapukan sikit pada kuali. Ambil sesenduk adunan kulit dan letak ditengah2 kuali. Pastu, pusingkan kuali tu sengan sekali pusingan dan adunan tepung akan jadi lebih lebar. Bila dah masak, angkat dan ulang lagi untuk kulit yang seterusnya...

(4) Sambil tunggu kulit seterusnya masak, bolehlah bungkus dulu .. Letakkan inti secara memanjang kat tengah2 kulit, pastu, bungkus kiri kanan and gulung jer... dah siap... Ni kuih feveret anak2 , especially si kecik Irfan tu...Cuma leceh sebab nak kena cari kelapa yang muda skikt untuk buat inti tu.. kalu kat KL ni tak tau nak carik mana.. biasanya kelapa ni amik siap2 kat umah mak kalu balik bentong... senang je buat kuih ni kann...

Saturday, April 2, 2011

KUIH SERI MUKA




Bahan2:-

Bahan A
2 cawan beras pulut - rendam 2 jam
Santan + sedikit garam : sukatan nya sekadar menutupi beras pulut


Bahan B
2 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air daun pandan
1 cawan gula
1 biji telur

Cara2:-
(1) Panaskan air kukusan.
(2) Letakkan beras pulut yang telah dicuci dan direndam di dalam loyang.
(3) Masukkan santan hingga tutup beras pulut tadi. Tak boleh banyak, nanti lembik pulut tu..
(4) Kukus dalam 20 minit. Kemudian keluarkan loyang dari kukusan dan kacau rata pulut tu.. Pastu, tekan2kan bagi mampat. Kukus balik dalam 5 minit..
(5) Sementara tu, dalam bekas lain, satukan semua bahan B. Kacau hingga sebati. Kalau berketul2 tu, tapis adunan tu.
(6) Tuangkan adunan (b) atas pulut tadi. Kukus lagi dalam 30 minit..
(7) Bila masak, angkat dan sejukkan.. .


Sunday, March 20, 2011

APAM COMEL





Lama betul tak update blog nih.. Maklumlah..bila tak de mood tu, memang malas nak buat semua benda... isshhh.. tak boleh jadik ni..tak boleh dibiarkan penyakit malas2 ni !!! Okeh lah.. Msih ingat lagi, misi tahun 2011 ni ialah mahu buat dan belajar kuih2 melayu tradisional.. kali ini kita buat pulak kuih apam comel.. kecik2 jek apam ni.. kaler pun macam2 aku campurkan.. meriah gitu !!!

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

250 gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

(1) Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
(2) Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
(3) Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
(4) Masukkan ovallate dan pukul lagi.
(5) Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
(6) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
(7) Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
(8) Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
(9) Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
(10) Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
(11) Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Untuk jamuan/ befday party pun sesuaii...!!

Tuesday, March 15, 2011

DEMAM PAU






Nampaknya kejiranan Jln GP3/6 sedang dilanda demam pau !! Para ibu2 sibuk mencuba buat pau..Resepi asal pau ni dari ana yg buat pau masa kami pergi piknik.. Aku ni malasss sangat ;ah nak uli tepung tu buat pau.. Tapi bebudak ni sukee sangat lah pulak dengan pau tu.. Tup2.. satu malam kak nini tipon aku suruh bukak pintu..mak aiii !!! dier dah siap uli tepung tu.. bagi aku satu plastik beso.. uisshhh!! nampaknyer terpaksa ler aku ni gentel2 buat pau tu malam tu.. Inti kelapa ada lagik mak kasi masa balik bentong hari tu.. alas daun pisang pun brader rash belikan.. (anak aku panggil Uncle Rash, ermm.. cam nama org putih lak !!) siap pengukus pun kak nini bagi :) kukus rumah ni masih di bentong..nampaknya fully sponsor lah pau aku ni.. Tu, gambar alea tengah sibuk buat pau..

KEK COKLAT KUKUS


Resepi ni dah lama dah terperap kat dalam fail nihh.. Nasib baik tak kena gigit lipas..:) Buat kek ni sebiji dan potong separuh untuk adik bawak balik hostel.. Dia kata kawan2nya sukaaa sangat !! Resepi ni copy dari kak hanieliza.. Thanks.. Saya copy & paste yek..

BAHAN-BAHAN

Bahan A:-
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu makan serbuk koko
• 2 sudu makan mentega

CARA-CARA:-

(1) Panaskan kukusan.
(2) Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
(3) Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
(4) Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
(5) Lapik loyang dengan kertas baking dan tuangkan adunan.
(6) Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil
(7) Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

KEK GULA HANGUS




Lama betul tak buat kek ni.. rasa2 ada dalam 15 tahun dah tak buat.. Dulu masa skolah suka sangat beli kuih ni.. beli kat mak cik yang jual kuih kat kg. baru, bentong.. Pastu ada mak sedara bawak balik umah wan kek ni (mak andak yang kat muadzam).. Makanya aku pun blajar lah buat kek ni. Masa tu Form 4.. Resepi mak andak memang sedap.. moist sesangat.. Masa kat Uni selalu jugak buat bila cuti sem.. pastu bila dah kerja, lama tak buat.. resepinye pon dah hilang entah kemana..

Baru ni masa pi piknik dengan jiran2, Ana buat kuih n.. macam resepi mak andak rasanya.. memang jadi.. cuma kalau nak buat kena pikir 2, 3 kali lah.. sebab husband and anak2 tak suka pulak...apa2 pun tima kacih kat ana sebab share resepi ni...nanti kalau jumpa mak andak nak tanye, dia ingat lagi tak resepi ni..

Bahan2:-
2 cawan gula
2 cawan air panas
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu pekat manis
3 sudu kecil soda bikarbonat
8 biji telur
4 sudu besar margerin

Cara2: -
(1) Masak gula atas api kecil hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau sampai cair. Masukkan margerin dan sejukkan.
(2) Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat. Kacau sebati.
(3) CAmpurkan adunan (1) dan (2). Kacaurata.
(4) Ayak tepung dengan soda dan campurkan dalam adunan.
(5) Kacau sebati. Kalau berketul2, tapis adunan tu.
(6) Masukkan dalam acuan dan bakar....

Sunday, February 6, 2011

LEMPENG PISANG







Sebenarnya aku ni tak berminat sangat nak buat kuih2 tradisional ni...entahlah kenapa.. tapi rasanya susah skit nak buat kuih muih tradisional ni.. leceh dan banyak kerja.. Tapi di tahun baru ni, aku berazam untuk pandai membuat kuih2 melayu lama..Biasalah.. setiap tahun memang ada azam baru untuk perkara yang baru..cuma tak tau lah terbuat ke tidak.. Jadi, langkah pertama ialah membuat kuih yang paling senang iaitu lempeng pisang :)

Dulu arwah wan aku ada jugak lah buat lempeng n.. Lama dah tu.. masa aku kecik2 dulu.. Tapi jarang dia buat ni.. Lama sangat dah dia tak buat lempeng ni.. Tapi aku ingat lagi camana nak buat tu..

(1) Ambik berapa bijik pisang masak dan lenyek dengan gula sampai hancur. Hari ini aku pakai satu sisir pisang berangan dan 3 senduk kecil gula (senduk kecik tau.. kalu senduk besar tu banyak sangaggtt tuh)

(2) Pastu masukkan tepung gandum, 1 cawan kelapa parut, secubit garam dan tambah sedikit air. Kacau hingga sebati. Tak ada sukatan tepat pulak untuk tepung ni.. Ikut pekat lah.. Kalau banyak tepung, lempeng tu akan jadik keras skit.. Tapi kalau tepung sikit nanti lembut aje lempeng tu..(macam pancake)

(3) Lletakkan sedikit minyak kat dalam kuali..(aku guna kuali leper tu). Masukkan sesenduk kecik adunan dan ratakan atas kuali tu.. Kalau kuali aku ni bole letak tiga adunan skali.. so, boleh dapat 3 keping lempeng sekali masak..

(4) Masak guna api perlahan ajek tau..Kalau wan aku buat, dia letak adunan tu dalam daun pisang.. Jadik wangi lah... Tapi kat umah aku ni mana lah ada daun pisang.. Balikkan lempeng tu sampai masak... Ok..tu sahaja.. Nanti kita jumpa lagi dengan kuih lain pula.. Misi seterusnya ialah kuih ketayap (kuih gulung) dan juga kuih lapis..hihihi... Harap2 menjadilah azam tahun baru ni.. Tambah ilmu didada...:)

PIKNIK @ TERATAK ANGAH, KEMENSAH






Berkelah di dalam hujan.... Itu lah tema piknik kali ini.. Bersama2 dengan jiran tetangga yang tercinta, kami dengan gigihnya pergi juga berkelah di Kemensah.. Kalau cancel mesti merajuk panjang lah budak2 tu semua... Tempat ni memang okey.. Sesuai sangat lah untuk anak2 kecil mandi manda. Lain kali kitorang akan datang lagik.. sebab tak uas hati pergi dalam hujan...Gambar x dapat ambik banyak, malumlah hujan.. nak pegang payung, susah nak ambik gambar....

MAKARONI GORENG (MALAY STYLE)



Hari minggu ni rajin la pulak.. Tadik dah buat kek butter.. So sementara nak tunggu kek siap dibakar, mari kita buat makaroni goreng pulak.. Nanti budak2 tu bangun tidor kang, dah siap dah breakfast diorang...

Bahan2:-

1/2 peket makaroni
1 mangkuk ayam yang dipotong kecil
1 keping fish cake - dipotong nipis
1 tangkai daun saderi - dipotong nipis
1 mangkuk lobak merah - hiris nipis dan memanjang
1 mangkuk sos tomato
1/2 mangkuk sos cili
1 buku bawang besar
4 biji bawang putih
3 biji lada besar
sedikit daun oregano
garam dan gula ikut sedap rasa

Cara2:-
(1) Rebus makaroni dengan air yang dicampur dengan sedikit garam hingga masak. Toskan dan ketepikan.
(2) Tumbuk bawang besar, bawang putih dan juga lada besar.
(3) Di dalam kuali, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau.
(4) Masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan ayam dan campur sedikit air. Biarkan ayam masak. Kemudian masukkan fish cake, lobak merah, daun saderi, gula dan garam dan kacau hingga pekat..
(5) Masukkan makaroni dan gaul rata. Bila sudah sekata, taburkan daun oregano dan kacau lagi. Sesuaikan rasa dan siappp....


Saturday, February 5, 2011

BUTTER CAKE




Lama dah tak buat kek kat rumah nih... Kadang2 memang angin malas tu datang jugak.. Hari ahad tu buat jugaklah sebijik kek.. Takut kalau lama tak buat nanti lupe plak.. Lagi pun nak pulangkan mangkuk jiran tetangga yang memang rajin bagi kuih kat umah ni.. Hari ni mari kita buat kek yang paling simple iaitu butter cake.. sonang jek tu..

Bahan2:-

250 gm butter
250 gm tepung gandum
220 gm gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu cair
sedikit serbuk koko/ milo dan coklat chips

Cara2:-

(1) Mula mula pukul butter dan gula sampai kembang.
(2) Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
(3) Masukkan susu cair dan terus pukul. Campurkan dengan esen vanilla.
(4) Masukkan tepung yang telah di ayak dengan baking powder. Kacau adunan hingga sebati.
(5) Bahagi adunan pada dua warna. Saya letak merah dan hijau. Lapiskan aduanan sebanyak tiga lapisan. Setiap satu lapis, taburkan serbuk koko/ milo dan coklat chips. Bakar pada suhu 160'c selama 45 minit... Siapppp..... Senang je kannn

Friday, January 28, 2011

VANILLA MUFFIN




Resepi ni amik dari dari internet.. berkobar2 bancuh adunan ni lepas subuh.. mula2 memang lembut sangat lah muffin ni..macam kat kenny rogers tuh.. tapi bila dah lama, keras lah pulak.. tapi alang 2 dah buat tu, aku tempek kan jugak lah resepi nyer kat sinih...

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati. KAlau ikut resepi, kacau jek, tak payah guna mixer.. sebab tu lah keras kot !!
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 20minit/180C.