Wednesday, March 24, 2010

Custard Cocktail

BRO Lot's Bread Pudding



Resepi ini diberi oleh my opis mate, Brother Lott. Brother Lott ni memang pandai sungguh memasak.. Kami di opis memang banyak bertanya dengan Brother Lott ..Anyway..thanks Bro Lott for the recipe..Its great..My kids sume suke dengan bread pudding ni..

Bahan2:-


1 Gardenia Bread Jumbo
500 ml Whipping Cream (Anchor/Emborg)
500 ml Susu Segar
10 biji telur
2 sudu esen vanilla
150 gm gula castor
1 kotak kismis hitam
1 sudu besar butter

Cara2: -

1. Potong roti kepada empat bahagiam dan susun dalam mangkuk/ bekas untuk dibakr. Taburkan kismis di setiap lapisan roti.
2. Campurkan whipping cream, susu segar, telur, gula, esen vanilla dan butter dangaul rata.
3. Tuang adunan no. 2 kedalam no. 1
4. Bakar pada suhu 250c selama 50 min.

Vanilla Custard

1 liter Susu segar
5 biji kuning telur
150 gm gula castor
1 sudu kecil esen vailla
2 sudu kecil tepung kastard

Cara

1. Panaskan susu dengan api yang kecil
2. Di dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, gula, esen vanilla dan tepung kastard. Kacau rata dantuangkan dalam susu yang dipanaskan tadi. Masak sehingga sedikit pekat.

Sunday, March 21, 2010

ROTI PATTAYA




Bahan2: -


Beberapa keping roti
2 biji telur - dadarkan dengan sedikit garam
Bahan Inti: -
1 mangkuk daging cincang
1/2 mangkuk sayur campur
1 biji buah tomato - potong dadu
1 biji bawang holland - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang halus
sos cili, sos tomato, gula dan garam

Cara2: -

(1) Untuk membuat inti, tumiskan bawang putih, bawang holland dengan sos cili, sos tomato hingga naik baunya.
(2) Kemudian masukkan daging cincang dan campurkan satu cawan air. Biarkan daging lembut dan air kering.
(3) Apabila air sudah sedikit kering, masukkan buah tomato, gula, garam dan sayur campur.
(4) Sesuaikan rasa dan ketepikan.
(5) DI dalam kuali leper, goreng telur dadar nipis. Apabila seprauh masak, letakka sekeping roti diatasnya. Letakkan daging yang telah dimasak tadi di atas roti tersebut.
(6) Dengan menggunakan sudip, terbalikkan sebahagian daripada telur dan roti dan kapitkan.
(7) Sedia untuk dihidangkan.

PARATHA BUNGKUS

Bahan2: -

2 keping roti paratha - biasanya saya akan gunakan jenama "kawan"
2 biji telur ayam
1 biji bawang holland - potong dadu
1/2 biji tomato - potong dadu
beberapa tangkai daun ketumbar - hiris halus

Cara2: -
(1) Pukul telur dan campur dengan sedikit garam
(2) Masukkan bawang holland, tomato dan daun ketumbar. Pukul rata.
(3) Panaskan sedikit minyak dan masukkan bancuhan telur tadi.
(4) Kacau atas api yang kecil - seperti scramble egg.
(5) Padamkan api dan alihkan telur kedalam pinggan.
(6) Atas api yang kecil, masukkan sekeping roti paratha biarkan separuh masak.
(7) Apabila roti separa masak, sapukan dengan sedikit mentega dan ratakan adunan telur yang telah dimasak tadi diatasnya.
(8) Dengan menggunakan senduk, lipat kepada dua bahagian dan teruskan memasak sehingga garing.
(9) Hidangkan dengan kari ayam.

SOSEJ ROLL






Bahan2: -

Beberapa keping roti
Sosej - ikut bilangan roti
1 biji telur - dipukul dan campur sedikit garam
1 mangkuk kecil nestum
Untuk membuat pelekat - campurkan 1/4 cawan air dengan 1 sudu tepung gandum

Cara2: -

(1) Dengan menggunakan roller, canai roti sehingga nipis.
(2) Rebus Sosej sehingga masak dan tuskan kering.
(3) Letakkan sosej diatas roti tadi dan gulung kemas.
(4) Lekatkan hujung roti dengan pelekat supaya tidak terbuka semasa menggoreng nanti.
(5) Celupkan roti dalam telur dan salutkan dengan nestum (nestum akan jadikan roti
lebih garing)
(6) Panaskan minyak dan goreng roti dengan api yang kecil hingga kekuningan.
(7) Hidangkam bersama sos cili dan mayonis.

Tuesday, March 16, 2010

TRIFFLE

Triffle - Pandangan tepi

Triffle - pandangan atas



Bahan2 dan Cara2 Membuatnya: -

(1) Potong 1 buku swiss roll(perisa pandan) dan susunkan dalam mangkuk kaca - ini sebagai lapisan pertama.

(2) Untuk membuat kastard: -
(a) Larutkan 5 sudu tepung kastard dengan 1/2 cawan air.
(b) Masukkan 1 tin susu cair dengan (a) dala mangkuk.
(c) Campurkan 1/2 cawan gula dalam (b). Kalau tak cukup manis, boleh
tambah gula lagi.
(d) Masakkan adunan kastard diatas api yang kecil. Sentiasa kacau adunan
dan masak hingga pekat.
(e) Tutup api apabila adunan sudah pekat.
(f) Biarkan adunan sejuk sedikit dan kemudian tuangkan diatas lapisan swiss
roll tadi.
(g) Sejukkan di dalam peti sejuk.

(3) Untuk Membuat lapisan jelly: -
(a) Masakkan 1/2 cawan agar-agar dengan 1.5 cawan air (daripada fruit
cocktail) sehingga larut.
(b) Masukkan 1/ cawan gula dan pewarna merah.
(c) Biarkan sejuk.


(4) Keluarkan mangkuk kastard dan swiss roll dari peti sejuk. Letakkan fruit cocktail diatas lapisan kastard tadi. Tuangkan jeli (item no. 3) di atasnya dan sejukkan di dalam peti sejuk.




SAMBAL PENGANTIN




Bahan2: -

Paru - Direbus sampai masak dan dipotong kecil
Daging -
Direbus sampai masak dan dipotong kecil
Udang - Dibuang kulitnya
Lada kering - digoreng dan dipotong dua
Bawang kecil - dibuat bawang goreng anggaran dalam satu mangkuk kecil
Santan - satu mangkuk besar
Sedikit belacan, garam dan gula
Air asam jawa - 1 mangkuk kecil

Cara2: -
(1) Campurkan santan, paru dan daging di dalam kuali dan biarkan diatas api yag kecil.
(2) Masukkan belacan yang telah ditumbuk, air asam jawa, garam dan gula. Kacau dan biarkan atas api sehingga pekat.
(3) Apabila sudah sedikit pekat, masukkan bawang goreng, lada kering dan udang.
(4) Kacau lagi sehingga udang masak dan sesuaikan rasa.
(5) Masak sehingga pekat dan tutup api.