Sunday, March 20, 2011

APAM COMEL





Lama betul tak update blog nih.. Maklumlah..bila tak de mood tu, memang malas nak buat semua benda... isshhh.. tak boleh jadik ni..tak boleh dibiarkan penyakit malas2 ni !!! Okeh lah.. Msih ingat lagi, misi tahun 2011 ni ialah mahu buat dan belajar kuih2 melayu tradisional.. kali ini kita buat pulak kuih apam comel.. kecik2 jek apam ni.. kaler pun macam2 aku campurkan.. meriah gitu !!!

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

250 gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

(1) Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
(2) Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
(3) Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
(4) Masukkan ovallate dan pukul lagi.
(5) Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
(6) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
(7) Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
(8) Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
(9) Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
(10) Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
(11) Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Untuk jamuan/ befday party pun sesuaii...!!

No comments:

Post a Comment