Saturday, April 10, 2010
KEK BATIK
Resepi ni saya dapat dari best fren masa kat universiti dulu, Shikin.. Selepas tamat universiti, kami tinggal serumah di Kg. Kerinchi (miss it).. Kuih ni mak dia selalu bekalkan bila dia balik rumah mak dia (tima kacih mak cik...) Skarang ni kuih ni jadik favourite anak2.. Try it..
Bahan2: -
1 bungkus biskut marie - yang putih (original)
1 tin susu pekat manis
1 buku butter
1 cawan milo
1/2 cawan koko
Cara2: -
(1) Patahkan biskut marie (2 atau 4 bahagian) dan ketepikan.
(2) Di dalam kuali, masukkan susu pekat, koko, milo dan butter.
(3) Kacau bahan (2) atas api yang sederhana besar hingga pekat.
(4) Apabila pekat, tutupkan api.
(5) Masukkan biskut dan gaul rata.
(6) Masukkan adunan didalam mangkuk kaca dan tekan hingga padat.
(7) Sejukkan dalam peeti sejuk dan biarkan keras sebelum potong.
(8) Yummy.. and my kids like it !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ida...bestnya nanti aku cubalah..tapi aku tak dak mangkuk kaca mcm tu...
ReplyDeletemangkuk biasa pun boleh jugak tun.. tapi tak cantik sangat lah.. belilah mangkuk kaca satu...:)
ReplyDelete