Harini lepas saja aku siap memasak nasi impit untuk makan malam kami, Kak Nini (jiran rumah) datang dan bagi aku satu botol pes minuman yang dibuat sendiri. Cantik air ni, warna hijau muda yang sangat cantik nampaknye… Sesuai lah untuk aku hidangakan dengan
BAhan2: -
3 kilo gula
1 botol kecil jus oren sunquick
1 botol kecil perisa pisang (Star Brand)
1 botol kecil perisa epal hijau (Star Brand)
Air kosong
Cara2: -
(1) Masukkan gula dan air kosong kedalam periuk dan masak hingga gula hancur dan air menggelegak.
(2) Apabila air menggelegak, masukkan jus oren, perisa pisang dan perisa epal hijau. Biarkan terus mendidih seketika.
(3) Sebaik sahaja api dipadam, tutup periuk dengan penutup periuk dan jangan buka hingga air sudah betul2 sejuk. Ini yang membuatkan air tersebut rasa macam sir gas.
(4) Simpan dalam botol dan bancuh dengan air kosong dan ais bila nak minum.
No comments:
Post a Comment