Tuesday, April 20, 2010

PUDING RAJA


PUDING RAJA


Dessert ni kegemaran anak2… Tiga2 anak memang suka sangat makan pisang. Mak cik sebelah rumah mak di Bentong (Mak Cik Zie) bagitau yang dessert ni orang panggil “Puding Raja”. Resepi ni sesuai sangat untuk anak2.. Try it…

Bahan2:-


5 biji pisang berangan – biarkan sebiji, jangan potong

1 biji telur

1 cawan susu cair

3 susu gula

Cara2: -


(1) Panaskan kuali. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Celupkan pisang dalam telur dan goreng dalam api sederhana besar. Apabila pisang dah berwarna hamper perang, angkat dan susunkan dalam mangkuk kaca.

(2) Campurkan susu, baki telur tadi dan gula dalam periuk. Tambahkan sedikit air (anggaran setengah mangkuk kecil) dan panaskan atas api yang sederhana. Kacau selalu.

(3) Apabila bancuhan susu dah mendidih, padamkan api dan biarkan sejuk.

(4) Apabila susu sudah sejuk, tuangkan atas pisang goreng tadi dan sejukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan. Buat berbuka puasa pun sedap jugak nih…J



BUBUR CHA CHA

AGAR-AGAR SANTAN

Hari ini kami menikmati agar2 santan ni di opis. Agar2 ini kakak kesayangan kami, kak mazlina yang buatkan. Memang ramai peminat agar2 ni kat opis. Mak aku juga selalu buat agar2 ni dulu. Tapi mak selalu buat version pandan (kaler hijau). Jom tengok resepi kak ina.. Thanks kak kina..


Bahan2: -

1 bungkus agar2

1 biji kelapa – dapatkan santannya (beli yang siap terus dari pasar je..)

3 biji telur

4 buku gula merah – masak dengan air kosong hingga mendidih dan tapis

Sedikit gula putih – ikut manis


Cara2: -


(1) Masak agar2 dengan air dalam periuk – biasanya untuk satu peket agar2, airnya ialah ¾ periuk. Biarkan agar2 hancur.

(2) Apabila agar2 hancur, masukkan air gula merah dan gula putih. Biarkan mendidih.

(3) Dalam mangkuk, pecahkan telur dalam santan. Kemudian masukkan dalam adunan agar2 tadik. Biakan mendidih sekejab dan tutup api.

(4) Tuangkan dalam acuan dan biarkan sejukkk..


JUS JIMI ASMARA

Harini lepas saja aku siap memasak nasi impit untuk makan malam kami, Kak Nini (jiran rumah) datang dan bagi aku satu botol pes minuman yang dibuat sendiri. Cantik air ni, warna hijau muda yang sangat cantik nampaknye… Sesuai lah untuk aku hidangakan dengan nasik impit malam ni. Sedap rasanya dan anak2 semua suka tu.. Husband kata ada rasa macam air gas air ni… So, apalagi..Aku pun bergurulah dengan kak nini.. Cuma resepi ini untuk penyediaan jus dalam kuantiti yang banyak.. Cuba, jangan tak cuba…. Thanks Kak Nini for the recipe..


BAhan2: -


3 kilo gula

1 botol kecil jus oren sunquick

1 botol kecil perisa pisang (Star Brand)

1 botol kecil perisa epal hijau (Star Brand)

Air kosong


Cara2: -


(1) Masukkan gula dan air kosong kedalam periuk dan masak hingga gula hancur dan air menggelegak.

(2) Apabila air menggelegak, masukkan jus oren, perisa pisang dan perisa epal hijau. Biarkan terus mendidih seketika.

(3) Sebaik sahaja api dipadam, tutup periuk dengan penutup periuk dan jangan buka hingga air sudah betul2 sejuk. Ini yang membuatkan air tersebut rasa macam sir gas.

(4) Simpan dalam botol dan bancuh dengan air kosong dan ais bila nak minum.

SUP BEBOLA IKAN


Harini husband tak berapa sihat. Demam sikit. Jadi untuk menu makan malam, aku masak sup bebola ikan. Selalunya susah nak dapat sediakan sup yang betul2 sedap tanpa menggunakan kiub ayam atau lain2 bahan perasa. Selalunya aku akan elakkan untuk menggunakan apa2 bahan perasa. So… ini antara percubaan terbaik sup aku. Rasanya boleh tahan sedapnya mungkin sebab ayam tu direbus agak lama dalam api yang kecil (dalam satu jam i.e. sebaik aje sampai rumah dalam 6.45 petang sampai pukul 7.30 malam). Selera betul semua makan malam tu. Sup licin abis……


Bahan2: -


1 mangkuk kecil ayam – potong sederhana kecil

Bebola ikan – ikut suka banyak mana

2 batang serai – potong 2 dan ketuk

1 buku bawang besar

½ buku bawang putih

1 buku kecil halia

Lobak merah, Bunga kubis dan cendawan – ikut suka banyak mana nak letak

Daun bawang dan daun sup – hiris halus ½ mangkuk kecil

5 biji bawang kecil – dibuat bawang goreng

½ mangkuk daun saderi yang telah dipotong

1 biji tomato – potong enam bahagian

Sedikit buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang

Garam secukup rasa

Cara2: -

(1) Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan buah pelaga dan kulit kayu manis.

(2) Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis hingga naik baunya.

(3) MAsukkan yam dan biarkan ia merenih dalam lima minit. Kemudian baru masukkan air ikut banyak mana kita mahukan. Masukkan serai dan daun saderi dan biarkan ia selama 1 jam dalam api yang kecil.

(4) Selepas satu jam, masukkan semua sayur – sayuran, tomato, bebola ikan dan garam.

(5) Sesuaikan rasa dan tutup api. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup. Kalau untuk orang dewasa boleh letakkan sedikit cili api yang diketuk kedalamnya. Boleh makan dengan nasi panas atau begitu sahaja.