Tuesday, October 26, 2010

MARI BUAT ROTI JALA




Hari ini hari minggu.. Lepas subuh, sambil tenghok astro oasis, pikir nak buat bekpas harini..Cuaca mendung macam nak hujan.. Bukak peti ais ada semangkuk sardin tak abis smalam punyer.. Kalu buat kari sedap jugak ni.. okey lah... mari kita buat roti jala cicah dengan kari sardin.. jom....

ROTI JALA

Sebenarnya takde sukatan yang tepat lah nak buat roti jala ni... Ni anggaran aje.. Boleh lah tambah air sikit2 ikut kepekatan yang sesuai yer...


Bahan-bahan: -

3 cawan tepung gandum
2 - 3 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil sebuk kunyit
1 sudu besar margerin
1 biji telur

Cara-cara: -

(1) Masukkan semua bahan kedalam mangkuk. Tuang air sikit2 dan kacau.

(2) Masukkan dalam blender dan blend sekejab supaya lebih sebati.

(3) Panaskan kuali leper. Guna 2-3 helai daun pandan (diikat) dan celupkan dalam minyak.
Sapukan minyak dengan gunakan daun pandan tu kat kuali leper tadi.

(4) Masukkan satu senduk bancuhan tepung kedalam acuan roti jala. Try tebarkan atas kuali
tuh.. Kalu adunan tu keluar lambat2, maknanya adunan tu pekat. Kena tambah air skit lagi.

(5) Teruskan menjala sampai abiss......

No comments:

Post a Comment

Post a Comment