Monday, October 18, 2010

THE DAY HAS FINALLY ARRIVED...



Akhirnya sempurna juga pengajian Master aku nih... Alhamdulillahh.... Syukur kepada Allah SWT yang telah memudahkan perjalanan ini..Benar jugalah kata orang tua2, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Semester pertama bermula pada March 2008 ketika anakku yang paling kecil, Irfan baru berumur 1 tahun 8 bulan dan akhirnya tamat pada usianya empat tahun.. Lama rasanya... Dari dia baru pandai bercakap, hinggalah dia menjadi seorang budak yang begitu petah bercakap.. Dari baru pandai berjalan hinggalah laju berlari... akhirnya, selepas hamnpir 3 tahun, tamat juga pengajian ini..alhamdulillah.. syukur untuk kesekian kalinya...





Kesian juga dengan anak2 pada waktu itu.. Mana tidaknya, setiap hujung minggu aku tiada di rumah.. Tapi, adakah kejayaan tanpa pengorbanan??? Pengorbanan ini rasanya begitu besar.. Pastinya yang paling banyak bekorban adalah anak2 dan suami..Terima kasih banyak2.. semoga pengalaman ini akan menjadi pedoman dan contoh bagi anak2 dimasa depan..

Sedang sibuk bergelut dengan buku dan assignment, aku perlu menyiapkan diri Alea untuk menghadapi dunia persekolahan.. Mengajarnya membaca, mengira, mengaji dan menulis.. Bukan senang dengan keadaan diri dan masa yang sangat terhad.. Hmmm.. Tapi ajaib rasanya apabila segalanya itu dapat dilalui dengan begitu baik... Dengan keadaan sebegini, Alea masih mampu menjadi antara pelajar yang terbaik di sekolahnya... Alhamdulillah....

Kini, misi ini selesai... Terima kasih kepada ahli2 keluarga yang begitu memahami dan telah memberikan sokongan sepanjang ini.... Banyak benda terpaksa diketepikan sepanjang tempoh belajar ini.. Kenduri, raya, holiday kena tolak tepi... Doa dan restu dari suami, mak, abah, nenek (sedang uzur..) dan semuanya serta izinNya telah memudahkan segalanya bagi kami sekeluarga...


Kepada rakan2 yang dikasihi, thanks a lot for our friendship and your support.. Terima kasih kerana berkongsi masa, idea dan kerjasama selama hampir 3 tahun ini.. kita semua telah melaluinya dengan begitu baik... I'm really appreciate it and its a very2 meaningful memories in my life.. Special thanks to Kak Rog, Atie, Dib, Faten, Zana and Deen.. Semoga persahabatan akan berkekalan dan kita semua akan terus sukses dalam hidup kita.. InsyaAllah.. ada umur dan kesempatan, kita akan berjumpa lagi..






Terima kasih juga kepada para pensyarah yang banyak memberikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman..I'm really appreciate it.. Mudah2an aku mampu berjaya seperti anda semua..:)


Dan akhirnya, kepada semua keluarga dan rakan di luar sana, jadikan pengalamanku ini sebagai satu pengajaran.. Berusaha dan bertawakal lah dalam mencari dan memperbaiki kehidupan kita.. Jangan jadikan perkara2 remeh sebagai alasan untuk terus kedepan.. Allah akan sentiasa membantu kita.. Suka saya berkongsi rasa seorang sahabat yang banyak memberi semangat, katanya "kita masih belum terlambat, yang penting adalah semangat !!!" Dan saya telah membuktikan kata-katanya itu adalah benar ... wassalam...

No comments:

Post a Comment