Tuesday, October 26, 2010

MARI BUAT ROTI JALA




Hari ini hari minggu.. Lepas subuh, sambil tenghok astro oasis, pikir nak buat bekpas harini..Cuaca mendung macam nak hujan.. Bukak peti ais ada semangkuk sardin tak abis smalam punyer.. Kalu buat kari sedap jugak ni.. okey lah... mari kita buat roti jala cicah dengan kari sardin.. jom....

ROTI JALA

Sebenarnya takde sukatan yang tepat lah nak buat roti jala ni... Ni anggaran aje.. Boleh lah tambah air sikit2 ikut kepekatan yang sesuai yer...


Bahan-bahan: -

3 cawan tepung gandum
2 - 3 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil sebuk kunyit
1 sudu besar margerin
1 biji telur

Cara-cara: -

(1) Masukkan semua bahan kedalam mangkuk. Tuang air sikit2 dan kacau.

(2) Masukkan dalam blender dan blend sekejab supaya lebih sebati.

(3) Panaskan kuali leper. Guna 2-3 helai daun pandan (diikat) dan celupkan dalam minyak.
Sapukan minyak dengan gunakan daun pandan tu kat kuali leper tadi.

(4) Masukkan satu senduk bancuhan tepung kedalam acuan roti jala. Try tebarkan atas kuali
tuh.. Kalu adunan tu keluar lambat2, maknanya adunan tu pekat. Kena tambah air skit lagi.

(5) Teruskan menjala sampai abiss......

Monday, October 18, 2010

HOW SWEET THE SUCCESS...




Sesekali baca poem ni rasa seronok juga... Harini sempat baca beberapa poem dan nak share one of the poem yang i suke.....baca yer...

How Sweet The Success

Every man strives to succeed in life
He works hard to make his dreams come true
But the reality is that not everyone achieves success too

Success is a like a game of chess
To achieve it you just can’t rest

Success to some comes in effortless
And others it keeps them really anxious
Those who have a strong determination
For them working hard is one easy occupation
They toil until they reach their destination

Success brings in confidence and pride
All you have to do is to keep your spirits high
Hope and prayers makes an easy way
That is what most people say

So to achieve in life put in best efforts and simply strive
Try to keep your nerves under control
Be patient until your wish comes true

Definitely the way to success is not so easy
But to succeed in life you have to give in your best
And the day you achieve your goals
That very moment you realize………..success tastes really sweet.

This poem was written/submitted by Ghazala Lari.

THE DAY HAS FINALLY ARRIVED...



Akhirnya sempurna juga pengajian Master aku nih... Alhamdulillahh.... Syukur kepada Allah SWT yang telah memudahkan perjalanan ini..Benar jugalah kata orang tua2, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Semester pertama bermula pada March 2008 ketika anakku yang paling kecil, Irfan baru berumur 1 tahun 8 bulan dan akhirnya tamat pada usianya empat tahun.. Lama rasanya... Dari dia baru pandai bercakap, hinggalah dia menjadi seorang budak yang begitu petah bercakap.. Dari baru pandai berjalan hinggalah laju berlari... akhirnya, selepas hamnpir 3 tahun, tamat juga pengajian ini..alhamdulillah.. syukur untuk kesekian kalinya...





Kesian juga dengan anak2 pada waktu itu.. Mana tidaknya, setiap hujung minggu aku tiada di rumah.. Tapi, adakah kejayaan tanpa pengorbanan??? Pengorbanan ini rasanya begitu besar.. Pastinya yang paling banyak bekorban adalah anak2 dan suami..Terima kasih banyak2.. semoga pengalaman ini akan menjadi pedoman dan contoh bagi anak2 dimasa depan..

Sedang sibuk bergelut dengan buku dan assignment, aku perlu menyiapkan diri Alea untuk menghadapi dunia persekolahan.. Mengajarnya membaca, mengira, mengaji dan menulis.. Bukan senang dengan keadaan diri dan masa yang sangat terhad.. Hmmm.. Tapi ajaib rasanya apabila segalanya itu dapat dilalui dengan begitu baik... Dengan keadaan sebegini, Alea masih mampu menjadi antara pelajar yang terbaik di sekolahnya... Alhamdulillah....

Kini, misi ini selesai... Terima kasih kepada ahli2 keluarga yang begitu memahami dan telah memberikan sokongan sepanjang ini.... Banyak benda terpaksa diketepikan sepanjang tempoh belajar ini.. Kenduri, raya, holiday kena tolak tepi... Doa dan restu dari suami, mak, abah, nenek (sedang uzur..) dan semuanya serta izinNya telah memudahkan segalanya bagi kami sekeluarga...


Kepada rakan2 yang dikasihi, thanks a lot for our friendship and your support.. Terima kasih kerana berkongsi masa, idea dan kerjasama selama hampir 3 tahun ini.. kita semua telah melaluinya dengan begitu baik... I'm really appreciate it and its a very2 meaningful memories in my life.. Special thanks to Kak Rog, Atie, Dib, Faten, Zana and Deen.. Semoga persahabatan akan berkekalan dan kita semua akan terus sukses dalam hidup kita.. InsyaAllah.. ada umur dan kesempatan, kita akan berjumpa lagi..






Terima kasih juga kepada para pensyarah yang banyak memberikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman..I'm really appreciate it.. Mudah2an aku mampu berjaya seperti anda semua..:)


Dan akhirnya, kepada semua keluarga dan rakan di luar sana, jadikan pengalamanku ini sebagai satu pengajaran.. Berusaha dan bertawakal lah dalam mencari dan memperbaiki kehidupan kita.. Jangan jadikan perkara2 remeh sebagai alasan untuk terus kedepan.. Allah akan sentiasa membantu kita.. Suka saya berkongsi rasa seorang sahabat yang banyak memberi semangat, katanya "kita masih belum terlambat, yang penting adalah semangat !!!" Dan saya telah membuktikan kata-katanya itu adalah benar ... wassalam...

Thursday, October 14, 2010

PERJALANAN KE TANAH SUCI....







Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, pencipta langit dan bumi.. Syukur, kami telah menerima jemputanNya untuk berkunjung ke tanah suci Mekah & Madinah pada May yang lalu. Sesungguhnya, ini lah perjalanan yang sungguh menggembirakan dan mengasyikkan.. InsyaAllah, semoga Allah terus memakmurkan rezeki kami sekeluarga dan dapat berkunjung lagi ke sana..


MAKAN MAKAN @ AL RAWSHA













Ini pics kat Rawsha Jalan Damai.. Sesak betol di waktu lunch.. Makan ramai2 dengan opis mate.. Kat sini harganya murah lagi compare to Rawsha yang baru kat area Pandah tu.. okey.. see the pics yer...










Friday, October 8, 2010

MEE BANDUNG ABANG ZULL





Hari ini hari Jumaat.. Waktu lunch kat opis memang panjang from 12.30 until 2.45 p.m. So, kami pun plan nak buat mee bandung.. tapi ini mee bandung segera.. Guna rempah mee bandung yang dibuat oleh abang Zull.. Rempah ni abang zul dan isterinya memang buat untuk jualan.. memang sedap rempah ni dan mendapat sambutan yang sangat baik.. Cuma, abang zul kata diorang yang tak larat nak buat banyak2..

Jadi apa lagi, kami pun mintak abang zul siapkan sekali bahan2 untuk masak mee tu.. daging rebus, udang, sayur, telur, tauhu.. semuanya ada.. Kalau nak cuba rempah mee ni bolehlah e mail pada saya..nanti saya sampaikan pada tokey nye.. sesuai untuk stok bulan pose, raya dan befday party…Jom lah tengok gambar2 memasak mee bandung ni.. Thanks abang zull…

Friday, October 1, 2010

DAGING MASAK HITAM MANIS





Kali ini mari kita memasak daging.. sebenarnya saya ni jarang sangat masak daging..maklumlah.. daging merah ni memang tidak digalakkan.. so, kali ini kita masak daging dengan cara sebaik yang mungkin, tanpa santan, susu ataupun menggunakan minyak yang banyak.. jom !!!


Bahan2: -

1/2 kilo daging

1 biji bawang besar - tumbuk halus

5 biji bawang merah kecil - tumbuk halus

1/2 buku bawang putih - tumbuk halus

5 cm halia - tumbuk halus

1 sudu jintan manis + 1/2 sudu jintan putih + 1 sudu lada hitam - digoreng sekejap dan dikisar halus

1/2 senduk cili boh

2 senduk sos tiram

2 senduk sos tomato

2 senduk kicap manis

1 biji bawang besar - potong bulat

1 biji lada hijau + 1 biji lada merah - potong memanjang danbuang biji


Cara-cara: -

(1) Mula-mula, rebus daging sampai empuk (biarkan dalam saiz yang besar). Bila dah empuk, sejukkan dan potong sederhana nipis daging tersebut. Daging yang di potong tu diketuk2 gunakan lesung batu, tapi jangan sampai hancur tau.. sikit ajer..


(2) Ketepikan daging tersebut. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bunga lawang dan kayu manis. Masukkan bawang dan halia yang dah ditumbuk halus dan kacau hingga naik bau.


(3) Masukkan pula jintan yang dah dikisar halus tadi bersama2 cili boh dan biarkan hingga cili betul2 masak.


(3) Bila cili dah masak, masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap. Kaau lagi hingga menggelegak. Bila dan menggelegak, masukkan daging bersama2 air rebusan daging tu. Kecilkan api dan biar hingga sebati dan pekat.


(4) Bila dah pekat, sesuaikan rasa manis dan masin. Masukkan bawang potong dan lada besar tadi. Kacau lagi hingga bawang dan lada sedikit layu.. Siapp...


ROTI ARAB DAN KUZI AYAM






Kali nih nak tukar menu lah pulak.. Kadang2 penat jugak pikir apa nak bagi anak2 makan.. Budak2 ni susah juga nak makan.. especially si Alea.. So, memang selalu kena tukar2 menu…

Hari tu ada kawan bagi rempah kuzi.. So harini, balik dari opis pegi carik roti arab untuk makan malam nih.. boleh cicah dengan ayam kuzi… Beli roti arab kat kedai mamak ni mahal skit… Satu bungkus ada 5 keping dia bagi RM6.50.. kalu beli sekeping2 dia jual 80 sen.. kaya cepat mamak nih…

So.. boleh lah cuba masak kuzi ayam ni… rasanya manis2 skit.. kalo makan dengan nasik cam tak sesuai sangat… dengan roti ok lah…

AYAM MASAK KUZI

Bahan2: -
1 mangkuk ayam
1 peket kecil rempah kuzi – bancuh dengan sedikit air
1 tin kecil tomato puri
10 biji bawang kecil – di mayang dan buat bawang goring
Sedikit kacang gajus – digoreng dan ketepikan
1 buku bawang besar, ½ buku bawang putih dan sedikit halia – kisar halus
½ tin susu cair
Kayu manis, bunga lawang, garam dan gula

Cara2: -

(1) Ayam dibersihkan dan gaul dengan garam dan kunyit. Goreng ayam sehingga masak, tapi jangan garing sangat.
(2) Di dalam periuk, penaskan api dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang yang telah dikisar halus. Kacau selalu dalam 3 minit.
(3) Masukkan rempah kuzi dan kacau lagi hingga garing. Kemudian masukkan tomato puri dan kecilkan api. Kacau selalu hingga rempah betul2 masak.
(4) Kemudian masukkan susu cair dan tambah sedikit air. Air jangan banyak sangat sebab lauk ni memang pekat. Masukkan bawang goreng, kismis, kacang gajus, gula dan garam. Biarkan menggelegak dalam api yang perlahan.
(5) Apabila kuah dah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng dan biarkan terus menddih selama 5-10 minit. Sesuaikan rasa dan boleh makan dengan roti arab/ roti paun/ bun..

AIS KRIM AL RAWSHA




Weekend tu kami pergi makan di Al Rawsha yang baru.. Bangunan cantik macam castle.. TApi harga Rawsha baru ni mahal berganda dari Rawsha kat Jalan Damai tu.. Terkejut tengok menunyer tuh.. Barbican tu kalu kat Jalan Damai, harganya cuma RM4.00 sebotol, tapi kat Rawsha baru kat Pandan ni RM7.00 sebotol.. Aiskrim Jalan Damai RM10.00 kat Pandan RM15.00.. waduh2... Cepat kaya pak arab nih... Ni aiskrim yang Irfan makan kat Rawsha Pandan.. Rasa macam ais krim kat Mekah ajek.. Tapi kalu kat Mekah, cuma RM2.00 aje..:(


UDANG MASAK MANIS





Hari ni nak try masak udang manis.. Resepi ni dari Sha (bibik dia masak..bibik dia org siam, so banyak lah masakan2 manis ala2 kelate..) Cubalah..


Bahan- bahan: -

1/2 kilo udang sederhana besar - buang kepala dan ekornya

1 senduk sos cili

1 senduk sos tiram

1 senduk sos tomato

1 senduk kicap manis

1 buku bawang besar - di tumbuk halus

1/2 buku bawang putih - ditumbuk halus

1 buku bawang besar - di potong bulat

1 mangkuk kecil daun kucai

1 biji buah tomato - dipotong 4

1 biji lada besar - potong serong


Cara-cara:-

(1) Di dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya..

(2) Pastu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap dan kacau hingga masak. Kecilkan api. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus.

(3) Bila dah agak pekat, masukkan udang, bawang besar yang dah dipotong bulat, buah tomato dan daun kucai. Letakkan sedikit garam (jangan banyak sangat sebab kicap dan sos tiram tu dah masin)

(4) Kacau hingga udang masak dan tutup api. Jangan lama sangat sebab udang cepat masak. Kalu biar lama udang akan jadi keras..

MEE GORENG MAMAK


Biasanya mee goreng mamak ni di masak untuk makan malam kami.. Biasalah, kalu hari kerja ni tak sempat nak masak lauk pauk untuk malam.. Jadik ini antara menu paling senang untuk dinner.. makan panas2 lagik tu…

Bahan2: -

1 peket mee kuning
2 keping tauhu
2 biji telur
Sedikit daun kucai, taugeh, kubis
1 biji buah tomato – cincang halus
1 mangkuk kecil ayam
1 mangkuk kecil udang
1 mangkuk kecil fish cake
1 buku bawang besar
½ buku bawang putih
1 senduk cili boh
1 senduk sos tiram
1 senduk sos cili


Cara2: -

(1) Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan berwarna kekuningan. Masukkan sos cili dan kacau hingga garing.
(2) Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap dan kacau rata. Kemudian, masukkan ayam dan letakkan sedikit air. Kacau selalu dan biarkan ayam masak.
(3) Bila ayam dah masauk, masukkan udang, fish cake dan kubis. Kacau sekejab. Kemudian masukkan tauhu (Di cincang dulu) dan pecahkan telur dalam kuali. Jangan kacau dan kecilkan api. Biarkan telur keras. Bila telur dak keras, baru kacau semua adunan tersebut.
(4) Masukkan mee yang telah dibasuh kedalam kuali bersama – sama dengan daun kucai dan taugeh. BAlik- balikkan mee dalam kuali tersebut dan sesuaikan rasa. Siappp… Untuk lebih menarik, hidangkan dengan telur mata dan limau nipiss…