Friday, August 7, 2009

KEK COKLAT LEMBAB




Bahan-bahannya

170 gm butter

396.9 gm gula castor

3 biji telur ayam


Bahan-bahan ini dibancuh bersama

1 sudu teh NESCAFE

1 sudu teh air panas

1 sudu teh esen vanila

1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste


Bahan-bahan ini diayak bersama

230 gm tepung gandum

70 gram serbuk koko

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh soda bicarbonate

1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


Cara-caranya

(1) Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

(2) Masukkan telur satu persatu.

(3) Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

(4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaulkan adunan dalam satu arah sahaja.

(5) Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.

(6) Bakar dalam loyang yang telah digris.

(7) Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang


Bahan untuk Topping

1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis

1 sudu teh esen vanila

1/2 cawan butter

1/3 cawan serbuk koko

sedikit garam


Cara-cara

(1) Campurkan susu, koko dan minyak.

(2) Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat dan sentiasa kacau.

(3) Masak hingga pekat.

(4) Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Boleh taburkan dengan badam bakar atau colour rice.

** kek ni my daughter, alea yang decorate (mase tu dia 6 tahun..)



reference : resepi diana.. thanks diana - its great :)

No comments:

Post a Comment