Sunday, August 9, 2009
COMPLETE SET OF NASI MINYAK
Nasi minyak hujan panas ini merupakan favourite suami dan anak2 aku. Gambar kat atas tu ialah our combination of nasi minyak. Try !!
BAHAN2:
4 pot beras - basuh dan toskan
3 cawan air
1 cawan susu cair
2 batang kulit kayu manis dan 3 biji bunga lawang
1 buku bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia - seketul yang sederhana besar - hiris besar2
4 sudu minyak sapi
garam secukup rasa
CARA2:
(1) Bawang besar dan bawang putih dikisar halus.
(2) Di dalam rice cooker, masukkan minyak sapi dan biarkan ia cair.
(3) Apabila cair dan sudah agak panas, masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
(4) Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
(5) Masukkan susu cair dan air kosong. Biarkan ia mendidih sedikit.
(6) Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan tadi.
(7) Masukka garam, kacau rata dan biarkan nasi masak.
(8) Apabila nasi telah masak, titiskan pewarna hijau dan merah di beberapa bahagian secara berselang seli.
(9) Kacau rata nasi dan hidangkan dengan menabur bawang goreng diatasnya.
Masakan ini diajar oleh wan aku semasa aku di tingkatan lima, 17 tahun lepas. Cepatnya masa berlalu.. sekarang wan pun sudah semakin tua, semakin uzur berbanding 17 tahun lalu.. tapi syukur sebab sepanjang usianya yang masih sihat, aku telah berkesempatan belajar macam2 masakan darinya.. wan pun memang suka kalau mengajar aku, maklum le.. aku le sorang2nya cucu yang memang interested sangat pasal benda2 ni...
Acar rampai ni masa aku kecik2 dulu memang mesti ada kalu kenduri kawin kat kampung aku. Skarang ni dah macam2 masakan moden masa kawin, susah jugak nak jumpa acar ni.. nasib baik aku blajar kan..:) bila aku kawen, suami aku pun memang suka dengan masakan ni... Anak sulung aku pun suka... kepada adik2 aku dan sepupu2 aku, boleh lah korang refer resepi ni kalu rasa2 macam nak makan..
BAHAN2:-
2 batang timun
1 batang lobak merah
1 buku bawang besar - dikisar halus
1 buku bawang putih - dikisar halus
10 biji buah keras - dikisar halus
1/2 cawan udang kering - dikisar halus
3 biji lada besar - dipotong memanjang
5 biji bawang merah kecil - dibelah empat bahagian
2 senduk cuka
3 senduk gula
Kulit kayu masnis dan bunga lawang
Garam secukup rasa
CARA2: -
(1) Timun dibasuh dan dikerat kepada 5 bahagian. Untuk setiap bahagian, buang isinya dan hiris memanjang sederhana besar. Gaulkan dengan garam dan kunyit dan toskan didalam tapis selama lebih kurang 3 jam. Air timun akan keluar dan timun akan menjadi kering. Ini penting supaya timun akan menjadi rangup walaupun sudah dimasak nanti.
(2) Lobak merah di basuh bersih dan dihiris halus2.
(3) Panaskan minyak didalam kuali dantumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang.
(4) Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik baunya.
(5) Kemudian masukkan buah keras dan udang kering yang telah ditumbuk halus.
(6) Masukkan cuka dan garam. Biarkan mendidih dalam api yang kecil.
(7) Apabila bahan tumisan menjadi agak likat, masukkan timun, lobak, bawang merah dan lada merah. Kacau seketika sehingga betul2 rata.
(8) Paling sesuai dimakan dengan nasi minyak - masa kenduri ataupun hari raya...
Bahan2: -
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan gaul dengan garam dan kunyit
1 mangkuk cili boh
2 biji bawang besar, 5 ulas bawang merah dan 1 buku bawang putih - kisar
1/2 mangkuk kecil sos tiram
1/2 mangkuk kecil sos cili
1/2 mangkuk kecil sos tomato
1 mangkuk daun ketumbar yang dipotong panjang
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar - dihiris sederhana halus
1 biji tomato - dibelah enam bahagian
Cara2: -
(1) Goreng ayam hingga masak - tetapi tidak terlalu garing
(2) Tumiskan bahan kisar dan cili boh hingga naik bau dan biarkan garing
(3) Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
(4) Masukkan garam dan gula. Tuangkan satu cawan air dan biarkan mendidih.
(5) Apabila mendidih, masukkan ayam, bawang hiris dan buah tomata. Kacau hingga raa. Sesuaikan rasa.
(6) Tutup api dan masukkan daun ketumbar. Gaul hingga rata.
Bahan2: -
6 biji telur ayam - direbus
1 mangkuk bahagian2 ayam yang bertulang i.e. leher, kepak , etc
1 peket kecil rempah kurma
1 mangkuk santan
2 biji kentang - dipotong empat
4 potong lobak merah
1 biji buah tomato - dibelah empat
1 biji bawang besar, 6 ulas bawang putih dan satu inci halia - di kisar
Kulit kayu manis dan bunga lawang
Satu biji bawang besar - dibelah empat
Dua biji lada hijau - dibelah dua- tetapi jangan putus
Garam secukup rasa
Cara2: -
(1) Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan2 kisar hingga naik bau.
(2) Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.
(3) Masukkan ayam dan satu cawan air. Biarkan hingga ayam masak.
(4) Apabila ayam sudah masak, masukkan santan dan kentang serta lobak.
(5) Biarkan kentang dan lobak empuk.
(6) Masukkan garam, tomato, bawang besar dan juga lada besar.
(7) Sesuaikan rasa dan tutup api.
(8) Tuangkan kuah kurma kedalam mangkuk dan masukkan telur yang telah dibelah dua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment