Friday, August 7, 2009

AYAM MINYAK




Masakan ini asalnya daripada family husband aku. Aku memang tak pernah jumpa lauk ni sebelum aku kawin. Mula2 macam pelik aje tengok masakan ni.. Sebab penuh dengan minyak dan asam jawa.. Aku tanya laki aku, ni lauk orang jawa keer??? Tapi dia kata bukan..Nak masak senang sangat.. Sekali tengok memang macam tak sedap. Tapi rasanya okey !! Ni memang favourite laki aku and skarang anak sulung aku, alea pun suka jugak.. Cuma fikri dan irfan buat masa ni tak tau lagi nak makan ni.. Boleh cuba yea....

Bahan2: -
1/2 ekor ayam - dipotong dan dibasuh bersih - toskan
Asam Jawa - Dalam tiga sudu besar
Sedikit garam
1 mangkuk (besar mangkuk air basuh tangan tu) minyak masak.

Cara2: -
(1) Gaulkan ayam dengan asam jawa dan garam.
(2) Panaskan minyak dalam kuali.
(3) Apabila minyak dah panas, masukkan ayam kedalam kuali. Masukkan satu mangkuk air dan
tutup kuali supaya cepat masak.
(4) Sesekali kacau ayam tersebut dan biarkan hingga air kering dan tinggal minyak sahaja.
(5) Tutup api dan hidangkan.
(6) Mungkin cara2 in itak begitu jelas. Jadi aku sertakan gambar2 sebagai panduan :)

No comments:

Post a Comment