Sunday, March 20, 2011

APAM COMEL





Lama betul tak update blog nih.. Maklumlah..bila tak de mood tu, memang malas nak buat semua benda... isshhh.. tak boleh jadik ni..tak boleh dibiarkan penyakit malas2 ni !!! Okeh lah.. Msih ingat lagi, misi tahun 2011 ni ialah mahu buat dan belajar kuih2 melayu tradisional.. kali ini kita buat pulak kuih apam comel.. kecik2 jek apam ni.. kaler pun macam2 aku campurkan.. meriah gitu !!!

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )

250 gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

(1) Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
(2) Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
(3) Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
(4) Masukkan ovallate dan pukul lagi.
(5) Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
(6) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
(7) Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
(8) Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
(9) Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
(10) Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
(11) Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Untuk jamuan/ befday party pun sesuaii...!!

Tuesday, March 15, 2011

DEMAM PAU






Nampaknya kejiranan Jln GP3/6 sedang dilanda demam pau !! Para ibu2 sibuk mencuba buat pau..Resepi asal pau ni dari ana yg buat pau masa kami pergi piknik.. Aku ni malasss sangat ;ah nak uli tepung tu buat pau.. Tapi bebudak ni sukee sangat lah pulak dengan pau tu.. Tup2.. satu malam kak nini tipon aku suruh bukak pintu..mak aiii !!! dier dah siap uli tepung tu.. bagi aku satu plastik beso.. uisshhh!! nampaknyer terpaksa ler aku ni gentel2 buat pau tu malam tu.. Inti kelapa ada lagik mak kasi masa balik bentong hari tu.. alas daun pisang pun brader rash belikan.. (anak aku panggil Uncle Rash, ermm.. cam nama org putih lak !!) siap pengukus pun kak nini bagi :) kukus rumah ni masih di bentong..nampaknya fully sponsor lah pau aku ni.. Tu, gambar alea tengah sibuk buat pau..

KEK COKLAT KUKUS


Resepi ni dah lama dah terperap kat dalam fail nihh.. Nasib baik tak kena gigit lipas..:) Buat kek ni sebiji dan potong separuh untuk adik bawak balik hostel.. Dia kata kawan2nya sukaaa sangat !! Resepi ni copy dari kak hanieliza.. Thanks.. Saya copy & paste yek..

BAHAN-BAHAN

Bahan A:-
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan air
• 1 cawan mentega cair
• 2 cawan gula perang

Bahan B:-
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
• 1 biji telor
• 1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
• 1 cawan susu pekat
• 2 sudu makan serbuk koko
• 2 sudu makan mentega

CARA-CARA:-

(1) Panaskan kukusan.
(2) Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
(3) Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
(4) Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
(5) Lapik loyang dengan kertas baking dan tuangkan adunan.
(6) Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil
(7) Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

KEK GULA HANGUS




Lama betul tak buat kek ni.. rasa2 ada dalam 15 tahun dah tak buat.. Dulu masa skolah suka sangat beli kuih ni.. beli kat mak cik yang jual kuih kat kg. baru, bentong.. Pastu ada mak sedara bawak balik umah wan kek ni (mak andak yang kat muadzam).. Makanya aku pun blajar lah buat kek ni. Masa tu Form 4.. Resepi mak andak memang sedap.. moist sesangat.. Masa kat Uni selalu jugak buat bila cuti sem.. pastu bila dah kerja, lama tak buat.. resepinye pon dah hilang entah kemana..

Baru ni masa pi piknik dengan jiran2, Ana buat kuih n.. macam resepi mak andak rasanya.. memang jadi.. cuma kalau nak buat kena pikir 2, 3 kali lah.. sebab husband and anak2 tak suka pulak...apa2 pun tima kacih kat ana sebab share resepi ni...nanti kalau jumpa mak andak nak tanye, dia ingat lagi tak resepi ni..

Bahan2:-
2 cawan gula
2 cawan air panas
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu pekat manis
3 sudu kecil soda bikarbonat
8 biji telur
4 sudu besar margerin

Cara2: -
(1) Masak gula atas api kecil hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau sampai cair. Masukkan margerin dan sejukkan.
(2) Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat. Kacau sebati.
(3) CAmpurkan adunan (1) dan (2). Kacaurata.
(4) Ayak tepung dengan soda dan campurkan dalam adunan.
(5) Kacau sebati. Kalau berketul2, tapis adunan tu.
(6) Masukkan dalam acuan dan bakar....