Tuesday, April 13, 2010

NASI IMPIT, KUAH KACANG DAN AYAM SATE




Puas pikir nak masak apa hari minggu ni…. Teringat hari tu bibik balik kampong ada bawak balik kacang tanah. Petang Sabtu dah mintak bibik goreng and blender terus. Balik dari kursus tengahari Ahad, aku pun masak lah kuah kacang dan ayam sate untuk makan malam.. Seleranya anak2 makan…J Tu gambar Irfan makan ayam sate.. Jom tengok resepi….


KUAH KACANG


Bahan2:-

1 mangkuk besar kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar(jangan halus sgt) – letakkan sedikit air dan gaulkan kacang hingga sebati

2 biji bawang besar – kisar

½ buku bawang putih – kisar

3 batang serai – potong halus dan kisar

½ buku kecil halia

1 mangkuk kecil lada kisar

1 mangkuk kecil air asam jawa

3 batang serai – potong dua dan ketuk

Garam dan gula secukup rasa

Cara2: -

(1) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik baru.

(2) Masukkan lada kisar dan biarkan betul – betul masak.

(3) Masukkan kacang dan kacau rata. Lepas tu masukkan air hingga penuh periuk. Biarkan masak dalam api sederhana besar.

(4) Kacau sekali sekala. Ia mengambil masa yang lama untuk menjadi pekat.

(5) Apabila kuah sudah agak pekat, masukkan air asam jawa, garam, gula dan serai yang diketuk.

(6) Kecilkan api dan biarkan betul2 pekat. Siapp…..:)



AYAM SATE


Bahan2: -

1 mangkuk besar ayam yang dipotong kecil

5 batang serai- kisar halus

1 buku bawang besar – kisar

1 buku bawang putih – kisar

1 sudu jintan manis – kisar

1 mangkuk kecil gula

Garam – secukup rasa


Cara2: -


(1) Gaulkan ayam dengan semua bahan2 diatas.

(2) Perapkan selama 3 jam.

(3) Panaskan minyak dalam kuali. Jangan banyak sangat minyak ni.

(4) Apabila minyak betul2 panas, masukkan ayam kedalamnya. Kecilkan api. Ayam ini akan mengeluarkan air dan biarkan air tersebut kering.

(5) Apabila air kering, ambil satu sudu minyak dan gaulkan rata. Tutup api dan siapppp….

Saturday, April 10, 2010

KEK BATIK



Resepi ni saya dapat dari best fren masa kat universiti dulu, Shikin.. Selepas tamat universiti, kami tinggal serumah di Kg. Kerinchi (miss it).. Kuih ni mak dia selalu bekalkan bila dia balik rumah mak dia (tima kacih mak cik...) Skarang ni kuih ni jadik favourite anak2.. Try it..


Bahan2: -

1 bungkus biskut marie - yang putih (original)
1 tin susu pekat manis
1 buku butter
1 cawan milo
1/2 cawan koko

Cara2: -
(1) Patahkan biskut marie (2 atau 4 bahagian) dan ketepikan.
(2) Di dalam kuali, masukkan susu pekat, koko, milo dan butter.
(3) Kacau bahan (2) atas api yang sederhana besar hingga pekat.
(4) Apabila pekat, tutupkan api.
(5) Masukkan biskut dan gaul rata.
(6) Masukkan adunan didalam mangkuk kaca dan tekan hingga padat.
(7) Sejukkan dalam peeti sejuk dan biarkan keras sebelum potong.
(8) Yummy.. and my kids like it !!!

HAPPY BIRTHDAY ALEA ...



8 April 2010 haritu befday alea.. 7 years old. Just a mini befday as it was working day.. Looking forward to arrange small party for her.. Kek ni beli ajer..

Monday, April 5, 2010

LEMON ZEST .........


Bahan2: -
1 biji buah lemon
1/2 jug ais krim soda
Gula ikut manis
1/2 jug air kosong
Ais

Cara2: -
(1) Masukkan kiub ais hingga separuh jug.
(2) Tuangkan air gula dan ais krim soda hingga separuh jug.
(3) Masukkan pula air kosong hingga penuh jug.
(4) Masukkan perahan lemon dalam jug dan kulitnya masukkan sekali.
(5) Kacau dan siap.....Best !!

AYAM KUNYIT


Lauk ni memang simple, tapi sangat berguna for working mum (like me). I cooked this and served it with nasi goreng cina.

Bahan2: -

1 mangkuk ayam - dipotong sederhana besar & gaulkan dengan garam dan kunyit
1/2 biji Capsicum - dipotong memanjang
1/4 biji Lobak Merah - Dipotong memanjang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji lada merah - hiris

Cara2: -
(1) Panaskan sedikit minyak dan masukkan ayam. Goreng hingga 3/4 masak.
(2) Masukkan semua bahan2 lain yang telah dihiris dan kacau.
(3) Kacau dalam 2 - 3 minit dan angkat.

NASI GORENG CINA





Bahan2: -
1 mangkuk nasi putih
Isi ayam
Udang kecil
2 biji telur - buat scramble egg
Lobak merah - potong dadu
sedikit kubis - potong halus
1 biji bawang besar - mayang halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
Sedikit sos tiram
Daun ketumbar - potong dalam 2 cm
Garam secukup rasa

Cara2: -
(1) Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
(2) Masukkan sos tiram dan kacau.
(3) Masukkan Isi ayam dan sedikit air. Biarkan ayam masak.
(4) Apabila ayam sudah masak, masukkan udang, lobak dan kubis. Biarkan hingga semuanya masak.
(5) Masukkan nasi dan garam. Kacau rata. dan sesuaikan rasa.
(6) Masukkan daun ketumbar dan telur yang telah dimasak hancur (scramble egg). Siap...

EGG BENEDICT


Harini saya mencuba resepi ini yang diambil daripada blog Hana untuk makan malam kami. Tapi buat dua set sahaja. Sebab kat rumah ni hanya husband and anakno. 2 je yang suka makan telur.. Anyway, simple and tasty..

Bahan: -
2 keping roti
2 biji telur
sedikit mentega
tomato, bawang & ketumbar - cincang dadu

Cara2: -
(1) Sapukan mentega pada bekas membakar dan juga roti.
(2) Letakkan roti kedalam bekas membakar dan mampatkan hingga kebahagian bawah bekas membakar tersebut. Satu bekas untuk sekeping roti.
(3) Pecahkan sebiji telur di atas roti.
(4) Taburkan tomato, daun ketumbar dan bawang atas telut.
(5) Bakar selama 10 minit dalam api 150 celcius. Siap...

ROTI TELUR LEMAK MANIS




Masakan ni simple aje dan maybe ramai tahu macamana nak buat roti ni.. Saje je nak letak kat blog ni our family breakfast menu. Senang dan budak2 pun suka...

Bahan2: -
Beberapa keping roti - potong dua
2 biji telur ayam
3 sudu besar susu pekat manis
Sedikit butter

Cara2: -
(1) Pukulkan telur dengan susu pekat manis.
(2) Sapukan sedikit butter pada telur (sikit je tau...)
(3) Celupkan dengan telur dan letakkan atas kuali leper yang telah dipanaskan.
(4) Masak atas api yang kecil je tau... Siap dan dah boleh bagi anak makan...:)


CEKODOK BESAR



Cekodok besar ni favourite my daugher, Alea. Alea memang susah sangat dan cerewet nak makan.. Kalau masak cekodok ni memang dia berselera betul. Boleh cuba untuk anak2 yer...

Bahan2: -

(1) 1/2 kg tepung gandum
(2) 1/2 peket serbuk yis segera (Mauri Pan)
(3) Air untuk membancuh - ikut kepekatan
(4) 3/4 cawan gula
(5) Sedikit garam

Cara2: -
(1) Didalam mangku, satukan tepung, gula, garam dan mauri pan.
(2) Masukkan air sedikit2 dan kacau sebati, jangan cair. Jika cair, agak susah hendak gunakan tangan untuk membentuk cekodok ni jadi bulat.
(3) Tutup mangkuk dan biarkan adunan selama 1/2 jam.
(4) Panaskan minyak dan menggunakan jari, masukkan adunan satu persatu dalam kuali.
(5) Goreng dalam api sederhana besar.

NASI MANDHI


Resepi ni dapat dari opis mate - Brother Lot. Rempah ni pun Bro Lot yang kasik. Ni first time buat. Memang best and senang sangat nak buat. Nasi ni saya masak lepas balik dari kelas tengahari.. dalam pukul 12.30.. Pukul 1.40 tengahari kami dah boleh makan. Husband kasik lima bintang dan anak2 suka makan ayam tu.. Thanks Bro Lot and kepada kawan2 opis yang dapat rempah & resepi ni, cepat lah cuba..

Bahan2: -
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara2 :-

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.




AYAM NASI MANDHI


Bahan2:-
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara2:-
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.


SOS UNTUK AYAM NASI MANDHI


Bahan2:-
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara 2:-
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.