Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

TRIFFLE _ SHA


Hmmmm... seperti yang dijanjikan Sha buat triffle ni untuk makan tengahari Jumaat kami... HAbis satu mangkuk triffle ni... Good job sha, really creamy and yummyyyyy...

Tuesday, April 20, 2010

PUDING RAJA


PUDING RAJA


Dessert ni kegemaran anak2… Tiga2 anak memang suka sangat makan pisang. Mak cik sebelah rumah mak di Bentong (Mak Cik Zie) bagitau yang dessert ni orang panggil “Puding Raja”. Resepi ni sesuai sangat untuk anak2.. Try it…

Bahan2:-


5 biji pisang berangan – biarkan sebiji, jangan potong

1 biji telur

1 cawan susu cair

3 susu gula

Cara2: -


(1) Panaskan kuali. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Celupkan pisang dalam telur dan goreng dalam api sederhana besar. Apabila pisang dah berwarna hamper perang, angkat dan susunkan dalam mangkuk kaca.

(2) Campurkan susu, baki telur tadi dan gula dalam periuk. Tambahkan sedikit air (anggaran setengah mangkuk kecil) dan panaskan atas api yang sederhana. Kacau selalu.

(3) Apabila bancuhan susu dah mendidih, padamkan api dan biarkan sejuk.

(4) Apabila susu sudah sejuk, tuangkan atas pisang goreng tadi dan sejukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan. Buat berbuka puasa pun sedap jugak nih…J



AGAR-AGAR SANTAN

Hari ini kami menikmati agar2 santan ni di opis. Agar2 ini kakak kesayangan kami, kak mazlina yang buatkan. Memang ramai peminat agar2 ni kat opis. Mak aku juga selalu buat agar2 ni dulu. Tapi mak selalu buat version pandan (kaler hijau). Jom tengok resepi kak ina.. Thanks kak kina..


Bahan2: -

1 bungkus agar2

1 biji kelapa – dapatkan santannya (beli yang siap terus dari pasar je..)

3 biji telur

4 buku gula merah – masak dengan air kosong hingga mendidih dan tapis

Sedikit gula putih – ikut manis


Cara2: -


(1) Masak agar2 dengan air dalam periuk – biasanya untuk satu peket agar2, airnya ialah ¾ periuk. Biarkan agar2 hancur.

(2) Apabila agar2 hancur, masukkan air gula merah dan gula putih. Biarkan mendidih.

(3) Dalam mangkuk, pecahkan telur dalam santan. Kemudian masukkan dalam adunan agar2 tadik. Biakan mendidih sekejab dan tutup api.

(4) Tuangkan dalam acuan dan biarkan sejukkk..


Wednesday, March 24, 2010

Custard Cocktail

BRO Lot's Bread Pudding



Resepi ini diberi oleh my opis mate, Brother Lott. Brother Lott ni memang pandai sungguh memasak.. Kami di opis memang banyak bertanya dengan Brother Lott ..Anyway..thanks Bro Lott for the recipe..Its great..My kids sume suke dengan bread pudding ni..

Bahan2:-


1 Gardenia Bread Jumbo
500 ml Whipping Cream (Anchor/Emborg)
500 ml Susu Segar
10 biji telur
2 sudu esen vanilla
150 gm gula castor
1 kotak kismis hitam
1 sudu besar butter

Cara2: -

1. Potong roti kepada empat bahagiam dan susun dalam mangkuk/ bekas untuk dibakr. Taburkan kismis di setiap lapisan roti.
2. Campurkan whipping cream, susu segar, telur, gula, esen vanilla dan butter dangaul rata.
3. Tuang adunan no. 2 kedalam no. 1
4. Bakar pada suhu 250c selama 50 min.

Vanilla Custard

1 liter Susu segar
5 biji kuning telur
150 gm gula castor
1 sudu kecil esen vailla
2 sudu kecil tepung kastard

Cara

1. Panaskan susu dengan api yang kecil
2. Di dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, gula, esen vanilla dan tepung kastard. Kacau rata dantuangkan dalam susu yang dipanaskan tadi. Masak sehingga sedikit pekat.

Tuesday, March 16, 2010

TRIFFLE

Triffle - Pandangan tepi

Triffle - pandangan atas



Bahan2 dan Cara2 Membuatnya: -

(1) Potong 1 buku swiss roll(perisa pandan) dan susunkan dalam mangkuk kaca - ini sebagai lapisan pertama.

(2) Untuk membuat kastard: -
(a) Larutkan 5 sudu tepung kastard dengan 1/2 cawan air.
(b) Masukkan 1 tin susu cair dengan (a) dala mangkuk.
(c) Campurkan 1/2 cawan gula dalam (b). Kalau tak cukup manis, boleh
tambah gula lagi.
(d) Masakkan adunan kastard diatas api yang kecil. Sentiasa kacau adunan
dan masak hingga pekat.
(e) Tutup api apabila adunan sudah pekat.
(f) Biarkan adunan sejuk sedikit dan kemudian tuangkan diatas lapisan swiss
roll tadi.
(g) Sejukkan di dalam peti sejuk.

(3) Untuk Membuat lapisan jelly: -
(a) Masakkan 1/2 cawan agar-agar dengan 1.5 cawan air (daripada fruit
cocktail) sehingga larut.
(b) Masukkan 1/ cawan gula dan pewarna merah.
(c) Biarkan sejuk.


(4) Keluarkan mangkuk kastard dan swiss roll dari peti sejuk. Letakkan fruit cocktail diatas lapisan kastard tadi. Tuangkan jeli (item no. 3) di atasnya dan sejukkan di dalam peti sejuk.




Wednesday, July 29, 2009

PUDING HONEY DEW


BAHAN2: -

1 peket agar2
1/2 biji honey dew - diblender
1/2 biji honey dew - dipotong halus2
1 tin susu cair - dipukul dengan2 biji telur.
2 cawan gula
1 mangkuk nata

CARA2: -
(1) Rebus agar2 dengan air hingga larut.
(2) Apabila agar- agar sudah larut, masukkan gula, honey dew yang telah diblender serta susu (yang telah dipukul dengan telur) dan biarkan mendidih.
(3) Sesuaikan rasa dan tutup api.
(4) Masukkan nata dan kacau rata. Sejukkan.