Showing posts with label Cakes. Show all posts
Showing posts with label Cakes. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

BUTTER CAKE




Lama dah tak buat kek kat rumah nih... Kadang2 memang angin malas tu datang jugak.. Hari ahad tu buat jugaklah sebijik kek.. Takut kalau lama tak buat nanti lupe plak.. Lagi pun nak pulangkan mangkuk jiran tetangga yang memang rajin bagi kuih kat umah ni.. Hari ni mari kita buat kek yang paling simple iaitu butter cake.. sonang jek tu..

Bahan2:-

250 gm butter
250 gm tepung gandum
220 gm gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu cair
sedikit serbuk koko/ milo dan coklat chips

Cara2:-

(1) Mula mula pukul butter dan gula sampai kembang.
(2) Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
(3) Masukkan susu cair dan terus pukul. Campurkan dengan esen vanilla.
(4) Masukkan tepung yang telah di ayak dengan baking powder. Kacau adunan hingga sebati.
(5) Bahagi adunan pada dua warna. Saya letak merah dan hijau. Lapiskan aduanan sebanyak tiga lapisan. Setiap satu lapis, taburkan serbuk koko/ milo dan coklat chips. Bakar pada suhu 160'c selama 45 minit... Siapppp..... Senang je kannn

Wednesday, September 22, 2010

MY CUP CAKES - EDIBLE IMAGE






18 July is my father's birthday. 11 July is my son's birthday.. So we would like to have one celebration at my parent's house. I baked orange cupcakes with cartoons character.. Hihihi..Kesian kat atok dapat birthday cake cartoon :) Here some of the pics and recipe. Testimonial kata sedap and lembut kek ni. Siap ada orang nak order lagik cup cakes ni..:)

BAKING CLASS FOR MY KIDS







Weekend ni plan nak buat kek dengan anak2.. Diorang ni memang excited bila guna mixer and decorate the cake.. Semua decide nak buat chocolate cake.. so, kali ini saya guna resepi yang paling sempoi sekali.. Selalunya saya guna resepi yang susah skit (yang ada banyak stepnyer).. Here the pics and recipe..

Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak
1 cwn air panas

Cara-cara:
- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah pakai mixer )
- masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Utk topping
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

- Campurkan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api sederhana secara double boiler.. Bila dah pekat, sapukan atas kek dan hiaslah ikut suka.. Untuk kali ini, I cuma belikan biskut bentuk bunga dari kedai kek dan juga colour rice...

Tuesday, July 20, 2010

Saturday, April 10, 2010

KEK BATIK



Resepi ni saya dapat dari best fren masa kat universiti dulu, Shikin.. Selepas tamat universiti, kami tinggal serumah di Kg. Kerinchi (miss it).. Kuih ni mak dia selalu bekalkan bila dia balik rumah mak dia (tima kacih mak cik...) Skarang ni kuih ni jadik favourite anak2.. Try it..


Bahan2: -

1 bungkus biskut marie - yang putih (original)
1 tin susu pekat manis
1 buku butter
1 cawan milo
1/2 cawan koko

Cara2: -
(1) Patahkan biskut marie (2 atau 4 bahagian) dan ketepikan.
(2) Di dalam kuali, masukkan susu pekat, koko, milo dan butter.
(3) Kacau bahan (2) atas api yang sederhana besar hingga pekat.
(4) Apabila pekat, tutupkan api.
(5) Masukkan biskut dan gaul rata.
(6) Masukkan adunan didalam mangkuk kaca dan tekan hingga padat.
(7) Sejukkan dalam peeti sejuk dan biarkan keras sebelum potong.
(8) Yummy.. and my kids like it !!!

Friday, August 7, 2009

KEK COKLAT LEMBAB




Bahan-bahannya

170 gm butter

396.9 gm gula castor

3 biji telur ayam


Bahan-bahan ini dibancuh bersama

1 sudu teh NESCAFE

1 sudu teh air panas

1 sudu teh esen vanila

1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste


Bahan-bahan ini diayak bersama

230 gm tepung gandum

70 gram serbuk koko

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh soda bicarbonate

1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


Cara-caranya

(1) Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

(2) Masukkan telur satu persatu.

(3) Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.

(4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaulkan adunan dalam satu arah sahaja.

(5) Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.

(6) Bakar dalam loyang yang telah digris.

(7) Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang


Bahan untuk Topping

1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis

1 sudu teh esen vanila

1/2 cawan butter

1/3 cawan serbuk koko

sedikit garam


Cara-cara

(1) Campurkan susu, koko dan minyak.

(2) Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat dan sentiasa kacau.

(3) Masak hingga pekat.

(4) Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Boleh taburkan dengan badam bakar atau colour rice.

** kek ni my daughter, alea yang decorate (mase tu dia 6 tahun..)



reference : resepi diana.. thanks diana - its great :)

DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN

Bahan-bahannya
1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
¾ cawan gula kaster
½ cawan serbuk koko
100 gram mentega, dicairkan
1 biji telur
¾ cawan yogurt
½ cawan susu cair
½ cawan coklat cip

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko bersama dan masukkan gula.
3. Pukul telur dan esen vanilla, masukkan kesemua bahan cecair kedalam adunan tepung.
4. Kaup dan pusing satu arah menggunakan garfu sehingga tepung serata bersama adunan yang lain.
5. Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah dilengser.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.

Saturday, March 7, 2009

COLOURFUL MARBLE CAKE

Bahan-bahan
210g tepung kek/gandum (ayak dgn baking powder)
210g gula kaster
250 butter
1 tsp baking powder
3 tbsp susu pekat
6 biji telur
1tsp vanilla essence
pewarna untuk membuat lapisan marble

Caranya
1. Pukul butter, gula, vanilla essence dan susu pekat hingga kembang. Ketepikan.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan ovallette dan pukul hingga adunan kembang.
3. Masukkan tepung, kaup-balikkan hingga rata.
4. Bahagikan menjadi tiga adunan, merah hijau dan coklat.
5. Sapukan loyang 8x8 inci dengan butter (loyang saiz ini sedang elok saje dengan adunan kek).
6. Tuangkan adunan berwarna berselangseli.
7. Bakar dengan suhu 180ยบ C selama 50-60 minit.

Notes: - Tekstur kek ini begitu lembut dan boleh tahan selama lima hari tanpa dimasukkan kedalam peti sejuk. Good for your kitchen planning!