Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Friday, October 1, 2010

ROTI ARAB DAN KUZI AYAM






Kali nih nak tukar menu lah pulak.. Kadang2 penat jugak pikir apa nak bagi anak2 makan.. Budak2 ni susah juga nak makan.. especially si Alea.. So, memang selalu kena tukar2 menu…

Hari tu ada kawan bagi rempah kuzi.. So harini, balik dari opis pegi carik roti arab untuk makan malam nih.. boleh cicah dengan ayam kuzi… Beli roti arab kat kedai mamak ni mahal skit… Satu bungkus ada 5 keping dia bagi RM6.50.. kalu beli sekeping2 dia jual 80 sen.. kaya cepat mamak nih…

So.. boleh lah cuba masak kuzi ayam ni… rasanya manis2 skit.. kalo makan dengan nasik cam tak sesuai sangat… dengan roti ok lah…

AYAM MASAK KUZI

Bahan2: -
1 mangkuk ayam
1 peket kecil rempah kuzi – bancuh dengan sedikit air
1 tin kecil tomato puri
10 biji bawang kecil – di mayang dan buat bawang goring
Sedikit kacang gajus – digoreng dan ketepikan
1 buku bawang besar, ½ buku bawang putih dan sedikit halia – kisar halus
½ tin susu cair
Kayu manis, bunga lawang, garam dan gula

Cara2: -

(1) Ayam dibersihkan dan gaul dengan garam dan kunyit. Goreng ayam sehingga masak, tapi jangan garing sangat.
(2) Di dalam periuk, penaskan api dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang yang telah dikisar halus. Kacau selalu dalam 3 minit.
(3) Masukkan rempah kuzi dan kacau lagi hingga garing. Kemudian masukkan tomato puri dan kecilkan api. Kacau selalu hingga rempah betul2 masak.
(4) Kemudian masukkan susu cair dan tambah sedikit air. Air jangan banyak sangat sebab lauk ni memang pekat. Masukkan bawang goreng, kismis, kacang gajus, gula dan garam. Biarkan menggelegak dalam api yang perlahan.
(5) Apabila kuah dah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng dan biarkan terus menddih selama 5-10 minit. Sesuaikan rasa dan boleh makan dengan roti arab/ roti paun/ bun..

Monday, April 5, 2010

EGG BENEDICT


Harini saya mencuba resepi ini yang diambil daripada blog Hana untuk makan malam kami. Tapi buat dua set sahaja. Sebab kat rumah ni hanya husband and anakno. 2 je yang suka makan telur.. Anyway, simple and tasty..

Bahan: -
2 keping roti
2 biji telur
sedikit mentega
tomato, bawang & ketumbar - cincang dadu

Cara2: -
(1) Sapukan mentega pada bekas membakar dan juga roti.
(2) Letakkan roti kedalam bekas membakar dan mampatkan hingga kebahagian bawah bekas membakar tersebut. Satu bekas untuk sekeping roti.
(3) Pecahkan sebiji telur di atas roti.
(4) Taburkan tomato, daun ketumbar dan bawang atas telut.
(5) Bakar selama 10 minit dalam api 150 celcius. Siap...

ROTI TELUR LEMAK MANIS




Masakan ni simple aje dan maybe ramai tahu macamana nak buat roti ni.. Saje je nak letak kat blog ni our family breakfast menu. Senang dan budak2 pun suka...

Bahan2: -
Beberapa keping roti - potong dua
2 biji telur ayam
3 sudu besar susu pekat manis
Sedikit butter

Cara2: -
(1) Pukulkan telur dengan susu pekat manis.
(2) Sapukan sedikit butter pada telur (sikit je tau...)
(3) Celupkan dengan telur dan letakkan atas kuali leper yang telah dipanaskan.
(4) Masak atas api yang kecil je tau... Siap dan dah boleh bagi anak makan...:)


Sunday, April 4, 2010

CROISSSANT SANDWICH

ROTI JOHN SINGAPORE











Roti ni husband saya yang buat... ( Yang dalam gambo kat atas tu) Sementara dia tunggu saya keluar dari opis, selalu jugak dia beli roti john singapore ni yang dijual kat kedai makan sebelah opis tu...Sedap pak cik tu buat !! So, satu hari husband pun teringin nak cuba buat.. Rasa tak macam pak cik tu buat lah..:) tapi, okey lah.. sedap jugak dan habis anak2 makan.. Tu gambar fikri tak sabar tunggu time makan...

Bahan2: -
1 buku roti perancis - potong kepada beberapa bahagian dan belah dua
1 mangkuk kecil daging cincang - kami guna ramly brand
1/2 mangkuk kecil bawang holland - potong dadu
1/2 mangkuk kecil - bawang putih cincang
1/2 mangkuk lada besar cincang
4 biji telur ayam
1/2 mangkuk daun ketumbar - potong halus
sedikit rempah kari bancuh dengan air.

Cara2: -
(1) Masukkan daging dalam kuali atas api sedehana besar dan keringkan airkan. Ini untuk melembutkan daging tu. So nanti tak payahlah masak lama.
(2) Apabila daging dah lembut campurkan dengan bawang putih, bawang merah, lada besar, daun ketumbar garam dan rempah kari.
(3) Pukul telur dan masukkan dalam (1). GAul sebati.
(4) Panaskan kuali leper dan ambil satu senduk adunan daging dan letakkan atas kuali.
(5) Letalkkan roti john diatas adunan tersebut dan biarkan atas api sederhana.
(4) Tunggu hingga masak dan ulang lagi hingga roti habis.
(5) Hidangkan dengan sos cili.



Sunday, March 21, 2010

ROTI PATTAYA




Bahan2: -


Beberapa keping roti
2 biji telur - dadarkan dengan sedikit garam
Bahan Inti: -
1 mangkuk daging cincang
1/2 mangkuk sayur campur
1 biji buah tomato - potong dadu
1 biji bawang holland - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang halus
sos cili, sos tomato, gula dan garam

Cara2: -

(1) Untuk membuat inti, tumiskan bawang putih, bawang holland dengan sos cili, sos tomato hingga naik baunya.
(2) Kemudian masukkan daging cincang dan campurkan satu cawan air. Biarkan daging lembut dan air kering.
(3) Apabila air sudah sedikit kering, masukkan buah tomato, gula, garam dan sayur campur.
(4) Sesuaikan rasa dan ketepikan.
(5) DI dalam kuali leper, goreng telur dadar nipis. Apabila seprauh masak, letakka sekeping roti diatasnya. Letakkan daging yang telah dimasak tadi di atas roti tersebut.
(6) Dengan menggunakan sudip, terbalikkan sebahagian daripada telur dan roti dan kapitkan.
(7) Sedia untuk dihidangkan.

PARATHA BUNGKUS

Bahan2: -

2 keping roti paratha - biasanya saya akan gunakan jenama "kawan"
2 biji telur ayam
1 biji bawang holland - potong dadu
1/2 biji tomato - potong dadu
beberapa tangkai daun ketumbar - hiris halus

Cara2: -
(1) Pukul telur dan campur dengan sedikit garam
(2) Masukkan bawang holland, tomato dan daun ketumbar. Pukul rata.
(3) Panaskan sedikit minyak dan masukkan bancuhan telur tadi.
(4) Kacau atas api yang kecil - seperti scramble egg.
(5) Padamkan api dan alihkan telur kedalam pinggan.
(6) Atas api yang kecil, masukkan sekeping roti paratha biarkan separuh masak.
(7) Apabila roti separa masak, sapukan dengan sedikit mentega dan ratakan adunan telur yang telah dimasak tadi diatasnya.
(8) Dengan menggunakan senduk, lipat kepada dua bahagian dan teruskan memasak sehingga garing.
(9) Hidangkan dengan kari ayam.

SOSEJ ROLL






Bahan2: -

Beberapa keping roti
Sosej - ikut bilangan roti
1 biji telur - dipukul dan campur sedikit garam
1 mangkuk kecil nestum
Untuk membuat pelekat - campurkan 1/4 cawan air dengan 1 sudu tepung gandum

Cara2: -

(1) Dengan menggunakan roller, canai roti sehingga nipis.
(2) Rebus Sosej sehingga masak dan tuskan kering.
(3) Letakkan sosej diatas roti tadi dan gulung kemas.
(4) Lekatkan hujung roti dengan pelekat supaya tidak terbuka semasa menggoreng nanti.
(5) Celupkan roti dalam telur dan salutkan dengan nestum (nestum akan jadikan roti
lebih garing)
(6) Panaskan minyak dan goreng roti dengan api yang kecil hingga kekuningan.
(7) Hidangkam bersama sos cili dan mayonis.