Monday, April 5, 2010

NASI MANDHI


Resepi ni dapat dari opis mate - Brother Lot. Rempah ni pun Bro Lot yang kasik. Ni first time buat. Memang best and senang sangat nak buat. Nasi ni saya masak lepas balik dari kelas tengahari.. dalam pukul 12.30.. Pukul 1.40 tengahari kami dah boleh makan. Husband kasik lima bintang dan anak2 suka makan ayam tu.. Thanks Bro Lot and kepada kawan2 opis yang dapat rempah & resepi ni, cepat lah cuba..

Bahan2: -
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara2 :-

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.




AYAM NASI MANDHI


Bahan2:-
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara2:-
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.


SOS UNTUK AYAM NASI MANDHI


Bahan2:-
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara 2:-
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Sunday, April 4, 2010

SOTO




CROISSSANT SANDWICH

REHAT DAN MAKAN DI RUMAH WAN


ABAH, KIDS AND CAKE



haaa.... anak2 memang suka nak menyibuk di dapur.. maklumlah.umur yang kecil begitu memang interested nak buat apa yang kita buat... satu hari, aku kasik chance kat diorang masuk dapur.. tu gambar2 diorang tengah berebut nak pegang mixer buat kuih..bapaknye pun join sekali.. dan terhasillah :Strawberry Butter cake" yang dalam gambar tu... boleh try resepi ni...

KERUTUP AYAM

SIAKAP SWEET SOUR

ASAM REBUS IKAN

KERABU PERUT

KERABU MANGGA

ROTI JOHN SINGAPORE











Roti ni husband saya yang buat... ( Yang dalam gambo kat atas tu) Sementara dia tunggu saya keluar dari opis, selalu jugak dia beli roti john singapore ni yang dijual kat kedai makan sebelah opis tu...Sedap pak cik tu buat !! So, satu hari husband pun teringin nak cuba buat.. Rasa tak macam pak cik tu buat lah..:) tapi, okey lah.. sedap jugak dan habis anak2 makan.. Tu gambar fikri tak sabar tunggu time makan...

Bahan2: -
1 buku roti perancis - potong kepada beberapa bahagian dan belah dua
1 mangkuk kecil daging cincang - kami guna ramly brand
1/2 mangkuk kecil bawang holland - potong dadu
1/2 mangkuk kecil - bawang putih cincang
1/2 mangkuk lada besar cincang
4 biji telur ayam
1/2 mangkuk daun ketumbar - potong halus
sedikit rempah kari bancuh dengan air.

Cara2: -
(1) Masukkan daging dalam kuali atas api sedehana besar dan keringkan airkan. Ini untuk melembutkan daging tu. So nanti tak payahlah masak lama.
(2) Apabila daging dah lembut campurkan dengan bawang putih, bawang merah, lada besar, daun ketumbar garam dan rempah kari.
(3) Pukul telur dan masukkan dalam (1). GAul sebati.
(4) Panaskan kuali leper dan ambil satu senduk adunan daging dan letakkan atas kuali.
(5) Letalkkan roti john diatas adunan tersebut dan biarkan atas api sederhana.
(4) Tunggu hingga masak dan ulang lagi hingga roti habis.
(5) Hidangkan dengan sos cili.



Friday, April 2, 2010

AYAM BEREMPAH

Ni masakan favourite anak2 aku...memang selera diorang makan ni.. boleh lah try dihujung minggu...

Bahan2: -
1 ekor ayam
sedikit garam dan kunyit
1/2 mangkuk daun kari
1/2 mangkuk serbuk kari

Bahan2 untuk dikisar: -
1/2 mangkuk kecil jintan manis
1/2 mangkuk jintan putih
5 batang serai
1 buku besar halia
2 biji bawang besar
1 buku bawang putih



Cara2: -
(1) Bersihkan ayam dan tuskan.
(2) Kisar semua bahan diatas dan gaulkan dengan ayam tadi.
(3) Masukkan garam, serbuk kunyit, serbuk kari dan daun kari.
(4) Perapkan ayam tadi selama 1 jam dan goreng atas api yang sederhana besar. Siap....

ACAR MENTAH



Bahan2: -
1 biji timun
1/2 biji lobak merah
3 potong nenas
1 biji bawang besar - hiris halus
1 biji lada merah - hiris harus
cuka, garam & gula secukup rasa.

Cara2: -
(1) Timun, nenas dan lobak di hiris halus dan satukan dalam mangkuk.
(2) Masukkan bawang besar dan lada merah.
(3) Campurkan dengan gula, garam dan cuka secukup rasa.
(4) Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk.
(5) Biarkan satu jam dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

SAMBAL PARU


Bahan2: -
1 kg paru - direbus hingga empuk dan potong sederhana besar
1 mangkuk lada kering kisar
1 biji bawang besar dan 1/2 buku bawang putih - kisar halus
2 biji bawang besar - potong bulat
2 batang serai - kisar halus
Gula dan garam

Cara2: -
(1) Paru yang telah direbus, gaulkan dengan kunyit dan garam. Goreng sekejab dan ketepikan.
(2) Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
(3) MAsukkan serai dan lada kisar. Kacau rata.
(4) Masukkan gula dan garam. Kecilkan api dan biarkan sambal kering.
(5) Apabila sambal kering, masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan biarkan layu sedikit.
(6) Tutupkan api dan masukkan paru tadi. Kacau rata dan siap...

ORANGE CHOC MARBLE CAKE





Ni projek aku semasa cuti semester ni.. maklumlah bukan senang nak curi masa buat kek.. ni resepi aku buat sendiri.. boleh tahan jugaklah.. try....


Bahan2: -

2 cawan gula

2 cawan mentega

3 cawan tepung naik sendiri

5 biji telur

½ cawan susu cair

½ cawan kulit limau

½ cawan koko

½ cawan coklat chip

Cara2:-

(1) Pukul mentega dan gula sampai kembang.

(2) Masukkan telur satu persatu. Pukul Lagi.

(3) Masukkan susu cair dan kacau rata.

(4) Masukkan tepung dan kacau .

(5) Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu warnakan kuning dancampur dengan kulit limau. Satu Bahagian lagi masukkan koko dan coklat chips.

(6) Lapiskan adunan berselang seli dan baker selama 1 jam.


COLESLOW

POTATO CHIPS

BIHUN WANI