Sunday, April 4, 2010
ROTI JOHN SINGAPORE



Roti ni husband saya yang buat... ( Yang dalam gambo kat atas tu) Sementara dia tunggu saya keluar dari opis, selalu jugak dia beli roti john singapore ni yang dijual kat kedai makan sebelah opis tu...Sedap pak cik tu buat !! So, satu hari husband pun teringin nak cuba buat.. Rasa tak macam pak cik tu buat lah..:) tapi, okey lah.. sedap jugak dan habis anak2 makan.. Tu gambar fikri tak sabar tunggu time makan...Bahan2: -
1 buku roti perancis - potong kepada beberapa bahagian dan belah dua
1 mangkuk kecil daging cincang - kami guna ramly brand
1/2 mangkuk kecil bawang holland - potong dadu
1/2 mangkuk kecil - bawang putih cincang
1/2 mangkuk lada besar cincang
4 biji telur ayam
1/2 mangkuk daun ketumbar - potong halus
sedikit rempah kari bancuh dengan air.
Cara2: -
(1) Masukkan daging dalam kuali atas api sedehana besar dan keringkan airkan. Ini untuk melembutkan daging tu. So nanti tak payahlah masak lama.
(2) Apabila daging dah lembut campurkan dengan bawang putih, bawang merah, lada besar, daun ketumbar garam dan rempah kari.
(3) Pukul telur dan masukkan dalam (1). GAul sebati.
(4) Panaskan kuali leper dan ambil satu senduk adunan daging dan letakkan atas kuali.
(5) Letalkkan roti john diatas adunan tersebut dan biarkan atas api sederhana.
(4) Tunggu hingga masak dan ulang lagi hingga roti habis.
(5) Hidangkan dengan sos cili.
Friday, April 2, 2010
AYAM BEREMPAH
Ni masakan favourite anak2 aku...memang selera diorang makan ni.. boleh lah try dihujung minggu...Bahan2: -
1 ekor ayam
sedikit garam dan kunyit
1/2 mangkuk daun kari
1/2 mangkuk serbuk kari
Bahan2 untuk dikisar: -
1/2 mangkuk kecil jintan manis
1/2 mangkuk jintan putih
5 batang serai
1 buku besar halia
2 biji bawang besar
1 buku bawang putih
Cara2: -
(1) Bersihkan ayam dan tuskan.
(2) Kisar semua bahan diatas dan gaulkan dengan ayam tadi.
(3) Masukkan garam, serbuk kunyit, serbuk kari dan daun kari.
(4) Perapkan ayam tadi selama 1 jam dan goreng atas api yang sederhana besar. Siap....
ACAR MENTAH


Bahan2: -
1 biji timun
1/2 biji lobak merah
3 potong nenas
1 biji bawang besar - hiris halus
1 biji lada merah - hiris harus
cuka, garam & gula secukup rasa.
Cara2: -
(1) Timun, nenas dan lobak di hiris halus dan satukan dalam mangkuk.
(2) Masukkan bawang besar dan lada merah.
(3) Campurkan dengan gula, garam dan cuka secukup rasa.
(4) Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk.
(5) Biarkan satu jam dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
SAMBAL PARU

Bahan2: -
1 kg paru - direbus hingga empuk dan potong sederhana besar
1 mangkuk lada kering kisar
1 biji bawang besar dan 1/2 buku bawang putih - kisar halus
2 biji bawang besar - potong bulat
2 batang serai - kisar halus
Gula dan garam
Cara2: -
(1) Paru yang telah direbus, gaulkan dengan kunyit dan garam. Goreng sekejab dan ketepikan.
(2) Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
(3) MAsukkan serai dan lada kisar. Kacau rata.
(4) Masukkan gula dan garam. Kecilkan api dan biarkan sambal kering.
(5) Apabila sambal kering, masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan biarkan layu sedikit.
(6) Tutupkan api dan masukkan paru tadi. Kacau rata dan siap...
ORANGE CHOC MARBLE CAKE
Ni projek aku semasa cuti semester ni.. maklumlah bukan senang nak curi masa buat kek.. ni resepi aku buat sendiri.. boleh tahan jugaklah.. try....
Bahan2: -
2 cawan gula
2 cawan mentega
3 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur
½ cawan susu cair
½ cawan kulit limau
½ cawan koko
½ cawan coklat chip
Cara2:-
(1) Pukul mentega dan gula sampai kembang.
(2) Masukkan telur satu persatu. Pukul Lagi.
(3) Masukkan susu cair dan kacau rata.
(4) Masukkan tepung dan kacau .
(5) Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu warnakan kuning dancampur dengan kulit limau. Satu Bahagian lagi masukkan koko dan coklat chips.
(6) Lapiskan adunan berselang seli dan baker selama 1 jam.
Wednesday, March 24, 2010
BRO Lot's Bread Pudding


Resepi ini diberi oleh my opis mate, Brother Lott. Brother Lott ni memang pandai sungguh memasak.. Kami di opis memang banyak bertanya dengan Brother Lott ..Anyway..thanks Bro Lott for the recipe..Its great..My kids sume suke dengan bread pudding ni..
1 Gardenia Bread Jumbo
500 ml Whipping Cream (Anchor/Emborg)
500 ml Susu Segar
10 biji telur
2 sudu esen vanilla
150 gm gula castor
1 kotak kismis hitam
1 sudu besar butter
Cara2: -
1. Potong roti kepada empat bahagiam dan susun dalam mangkuk/ bekas untuk dibakr. Taburkan kismis di setiap lapisan roti.
2. Campurkan whipping cream, susu segar, telur, gula, esen vanilla dan butter dangaul rata.
3. Tuang adunan no. 2 kedalam no. 1
4. Bakar pada suhu 250c selama 50 min.
Vanilla Custard
1 liter Susu segar
5 biji kuning telur
150 gm gula castor
1 sudu kecil esen vailla
2 sudu kecil tepung kastard
Cara
1. Panaskan susu dengan api yang kecil
2. Di dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, gula, esen vanilla dan tepung kastard. Kacau rata dantuangkan dalam susu yang dipanaskan tadi. Masak sehingga sedikit pekat.
Sunday, March 21, 2010
ROTI PATTAYA

Bahan2: -
Beberapa keping roti
2 biji telur - dadarkan dengan sedikit garam
Bahan Inti: -
1 mangkuk daging cincang
1/2 mangkuk sayur campur
1 biji buah tomato - potong dadu
1 biji bawang holland - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang halus
sos cili, sos tomato, gula dan garam
Cara2: -
(1) Untuk membuat inti, tumiskan bawang putih, bawang holland dengan sos cili, sos tomato hingga naik baunya.
(2) Kemudian masukkan daging cincang dan campurkan satu cawan air. Biarkan daging lembut dan air kering.
(3) Apabila air sudah sedikit kering, masukkan buah tomato, gula, garam dan sayur campur.
(4) Sesuaikan rasa dan ketepikan.
(5) DI dalam kuali leper, goreng telur dadar nipis. Apabila seprauh masak, letakka sekeping roti diatasnya. Letakkan daging yang telah dimasak tadi di atas roti tersebut.
(6) Dengan menggunakan sudip, terbalikkan sebahagian daripada telur dan roti dan kapitkan.
(7) Sedia untuk dihidangkan.
PARATHA BUNGKUS
Bahan2: -2 keping roti paratha - biasanya saya akan gunakan jenama "kawan"
2 biji telur ayam
1 biji bawang holland - potong dadu
1/2 biji tomato - potong dadu
beberapa tangkai daun ketumbar - hiris halus
Cara2: -
(1) Pukul telur dan campur dengan sedikit garam
(2) Masukkan bawang holland, tomato dan daun ketumbar. Pukul rata.
(3) Panaskan sedikit minyak dan masukkan bancuhan telur tadi.
(4) Kacau atas api yang kecil - seperti scramble egg.
(5) Padamkan api dan alihkan telur kedalam pinggan.
(6) Atas api yang kecil, masukkan sekeping roti paratha biarkan separuh masak.
(7) Apabila roti separa masak, sapukan dengan sedikit mentega dan ratakan adunan telur yang telah dimasak tadi diatasnya.
(8) Dengan menggunakan senduk, lipat kepada dua bahagian dan teruskan memasak sehingga garing.
(9) Hidangkan dengan kari ayam.
SOSEJ ROLL


Bahan2: -
Beberapa keping roti
Sosej - ikut bilangan roti
1 biji telur - dipukul dan campur sedikit garam
1 mangkuk kecil nestum
Untuk membuat pelekat - campurkan 1/4 cawan air dengan 1 sudu tepung gandum
Cara2: -
(1) Dengan menggunakan roller, canai roti sehingga nipis.
(2) Rebus Sosej sehingga masak dan tuskan kering.
(3) Letakkan sosej diatas roti tadi dan gulung kemas.
(4) Lekatkan hujung roti dengan pelekat supaya tidak terbuka semasa menggoreng nanti.
(5) Celupkan roti dalam telur dan salutkan dengan nestum (nestum akan jadikan roti
lebih garing)
(6) Panaskan minyak dan goreng roti dengan api yang kecil hingga kekuningan.
(7) Hidangkam bersama sos cili dan mayonis.
Tuesday, March 16, 2010
TRIFFLE
Triffle - Pandangan tepi
Triffle - pandangan atasBahan2 dan Cara2 Membuatnya: -
(1) Potong 1 buku swiss roll(perisa pandan) dan susunkan dalam mangkuk kaca - ini sebagai lapisan pertama.
(2) Untuk membuat kastard: -
(a) Larutkan 5 sudu tepung kastard dengan 1/2 cawan air.
(b) Masukkan 1 tin susu cair dengan (a) dala mangkuk.
(c) Campurkan 1/2 cawan gula dalam (b). Kalau tak cukup manis, boleh
tambah gula lagi.
(d) Masakkan adunan kastard diatas api yang kecil. Sentiasa kacau adunan
dan masak hingga pekat.
(e) Tutup api apabila adunan sudah pekat.
(f) Biarkan adunan sejuk sedikit dan kemudian tuangkan diatas lapisan swiss
roll tadi.
(g) Sejukkan di dalam peti sejuk.
(3) Untuk Membuat lapisan jelly: -
(a) Masakkan 1/2 cawan agar-agar dengan 1.5 cawan air (daripada fruit
cocktail) sehingga larut.
(b) Masukkan 1/ cawan gula dan pewarna merah.
(c) Biarkan sejuk.
(4) Keluarkan mangkuk kastard dan swiss roll dari peti sejuk. Letakkan fruit cocktail diatas lapisan kastard tadi. Tuangkan jeli (item no. 3) di atasnya dan sejukkan di dalam peti sejuk.
SAMBAL PENGANTIN

Bahan2: -
Paru - Direbus sampai masak dan dipotong kecil
Daging - Direbus sampai masak dan dipotong kecil
Udang - Dibuang kulitnya
Lada kering - digoreng dan dipotong dua
Bawang kecil - dibuat bawang goreng anggaran dalam satu mangkuk kecil
Santan - satu mangkuk besar
Sedikit belacan, garam dan gula
Air asam jawa - 1 mangkuk kecil
Cara2: -
(1) Campurkan santan, paru dan daging di dalam kuali dan biarkan diatas api yag kecil.
(2) Masukkan belacan yang telah ditumbuk, air asam jawa, garam dan gula. Kacau dan biarkan atas api sehingga pekat.
(3) Apabila sudah sedikit pekat, masukkan bawang goreng, lada kering dan udang.
(4) Kacau lagi sehingga udang masak dan sesuaikan rasa.
(5) Masak sehingga pekat dan tutup api.
Thursday, September 10, 2009
Sambal Daun

Masakan ni aku mula2 makan masa matrikulasi kat UM - 17 years ago...Roomate aku tu orang Neg. 9 - My dear Tim. Kalau die balik kampung, mesti bawak lauk ni balik asrama, sodap mak die masak.. Masa dah keje ni, aku try le macam yang die ajar.. Tapi tak dapat le sama macam yang mak tim masak... tapi boleylah...
Bahan2:-
Daun Ubi Kayu - hiris halus dan dapatkan 1 mangkuk sederhana besar
Daun Kaduk- hiris halus dan dapatkan 1 mangkuk kecil
Daun Kunyit- hiris halus dan dapatkan 1 mangkuk kecil
Serai- hiris halus dan dapatkan 1 mangkuk kecil
Petai - 1 mangkuk kecil dan dibelah 2
Ikan bilis
Cili api + Kunyit hidup + bawang merah - Tumbuk lumat (sukatan agak2 la...)
Tempoyak ( 4 sudu besar okey dah )
1 mangkuk santan pekat
garam + gula
Cara2: -
(1) Gaulkan tempoyak dengan bahan2 yang ditumbuk halus. Masukkan dalam periuk bersama dengan satu mangkuk air. Panaskan atas api.
(2) Masukkan semua daun yang dihiris dan ikan bilis, kecuali petai. Campurkan garam dan gula.
(3) Biarkan menggelegak. Apabila daun sedikit layu, masukkan santan dan biarkan api perlahan.
(4) Apabila daun sudah lembut masukkan petai. Sesuaikan rasa dan tutup api.
Kuih Raya






Nampaknya raya tahun ni lah raya pertama aku tak buat kuih raya.. Busy punya pasal, sampai tak sempat pun nak pikir pasal kuih raya.. Keje kat opis ni, nak ujung2 tahun ni memang sibuk sangat la.. weekend pulak sibuk dengan kelas aku.. lagipun, lepas raya ni ada final exam.. Tak terbuat kuih raya :( Tapi maybe aku cuba jugak nak buat kek or any puding a day before raya.. Anyway... here are some pics - millenium biskut raya.. Hmmm...kalu sempat, next year boley try buat ni.. Thanks to my dear sis, yatie for the pics...
Subscribe to:
Posts (Atom)





