CARA2: - (1) Rebus agar2 dengan air hingga larut. (2) Apabila agar- agar sudah larut, masukkan gula, honey dew yang telah diblender serta susu (yang telah dipukul dengan telur) dan biarkan mendidih. (3) Sesuaikan rasa dan tutup api. (4) Masukkan nata dan kacau rata. Sejukkan.
Kali ini kita akan bercakap pasal lauk yang agak famous di negeri pahang iaitu ikan patin masak tempoyak. Bercakap soal ikan patin, ada banyak berita yang menarik mengenainya. Kita mungkin pernah terbaca di surat khabar beberapa tahun dahulu, dimana para peniaga restoran di pantai timur pahang mengenakan harga yang tinggi bagi masakan ini. Ada yang mencecah hingga RM200++ seekor. Ada juga yang terpaksa meninggalkan jam tangan mahal mereka kepada peniaga restoran tersebut kerana tidak cukup wang tunai..!! Berita - berita ini menunjukkan seolah2 ikan ini begitu istimewa..
Tetapi, mungkin juga ada diantara kita yang pernah menerima e-mail berkenaan penternakan ikan patin yang dikatakan kotor. Ada yang mengatakan bahawa ikan patin yang diternak dikolam2 di sekitar KL ini diberi makan najis dan ikan ini dijual dengan harga yang begitu murah, sekitar RM2.00 sahaja satu kilo serta begitu mudah didapati di pasaran.
Tetapi, aku sendiri belum pernah membeli ikan patin di KL. Satu - satunya sumber yang aku yakin ialah daripada penternak ikan patin yang menternaknya secara sangkar di Temerloh, Pahang. Beliau akan datang utk menjualnya dipasar Bentong dua kali dalam seminggu..
Sehingga kini, masakan ini menjadi hidangan favourite seisi keluarga dan resepi masakannya adalah...
Bahan2: -
1 ekor ikan patin 1 mangkuk kecil tempoyak 2 biji lada besar dan anggaran 10 biji cili api 2 batang serai 1 helai daun kunyit 1 buku kecil kunyit hidup Beberapa batang bendir/ terung bulat Garam dan gula secukup rasa
Cara2: -
(1) Basuh bersih ikan patin dan toskan. Pastikan ikan dicuci bersih untuk elakkan ianya berbau hanyir. (2) Tumbuk lada besar dan cili api hingga lumat. Masukkan sedikit kunyit dan tumbuk lagi. (3) Masukkan tempoyak kedalam lesung batu tadi dan gaulkan rata2 dengan campuran lada tadi. (4) Sendukkan tempoyak yang bercampur cili kedalam periuk. Campurkan sedikit air dan gaul rata. (5) Panaskan diatas api sederhana kecil dan biarkan ia mendidih. (6) Ketuk serai dan masukkan kedalam kuah tadi bersama2 dengan daun kunyit yang telah disiat kepada beberapa bahagian. (7) Masukkan garam dan gula dan biarkan sedikit mendidih. (8) Masukkan ikan danbiarkan sehingga masak. (9) Masukkan bendi dan biarkan mendidih lahi. (10) Sesuaikan rasa masam, manis dan masin.
Tomorrow will be my first class for my 5th semester and back to my normal schedule... busy! busy! busy!... Nampaknya tertangguh lagi projek blog ni..Anyway, i'll try my best to update it:) Kepada kawan2 yg dah lama tak jumpa tu, ni gambar anak2 - masa projek piknik dengan member2 opis kat ulu kalong..see u!
1 biji bawang besar dan setengah buku bawang putih – dikisar halus
3 sudu cili boh
Sedikit sos cili dan sos tomato
2 sudu sos tiram
1 sudu cuka
2 batang serai - dihiris halus
3 helai daun limau purut – dihiris halus
1 biji tomato – dihiris
Setengah tin cendawan butang
Setengah mangkuk nenas yang dipotong kiub
2 biji lada besar – dihiris
10 biji cili api – dipotong dua
1 biji bawang besar – dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Cara2:-
(1)Gaulkam udang dengan garam dan kunyit – goreng udang sehingga garing. Ketepikan udang.
(2)Tumiskan bawang yang telah dikisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili boh dan biarkan hingga cili garing.
(3)Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan serai. Biarkan dalam api yang sederhana panas.
(4)Masukkan sedikit air, cuka, cendawan, nenas, bawang besar, lada besar, cili api, buah tomato dan daun limau purut. Sesuaikan garam dan gula.
(5)Biarkan sos ini kering sedikit baru tutup apinya.Apabila sos sudah sejuk sedikit, baru masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaulkan hingga rata. Masakan ini agak kering teksturnya.