Wednesday, July 29, 2009

PUDING HONEY DEW


BAHAN2: -

1 peket agar2
1/2 biji honey dew - diblender
1/2 biji honey dew - dipotong halus2
1 tin susu cair - dipukul dengan2 biji telur.
2 cawan gula
1 mangkuk nata

CARA2: -
(1) Rebus agar2 dengan air hingga larut.
(2) Apabila agar- agar sudah larut, masukkan gula, honey dew yang telah diblender serta susu (yang telah dipukul dengan telur) dan biarkan mendidih.
(3) Sesuaikan rasa dan tutup api.
(4) Masukkan nata dan kacau rata. Sejukkan.

Sunday, July 26, 2009

Monday, July 20, 2009

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK





Kali ini kita akan bercakap pasal lauk yang agak famous di negeri pahang iaitu ikan patin masak tempoyak. Bercakap soal ikan patin, ada banyak berita yang menarik mengenainya. Kita mungkin pernah terbaca di surat khabar beberapa tahun dahulu, dimana para peniaga restoran di pantai timur pahang mengenakan harga yang tinggi bagi masakan ini. Ada yang mencecah hingga RM200++ seekor. Ada juga yang terpaksa meninggalkan jam tangan mahal mereka kepada peniaga restoran tersebut kerana tidak cukup wang tunai..!! Berita - berita ini menunjukkan seolah2 ikan ini begitu istimewa..

Tetapi, mungkin juga ada diantara kita yang pernah menerima e-mail berkenaan penternakan ikan patin yang dikatakan kotor. Ada yang mengatakan bahawa ikan patin yang diternak dikolam2 di sekitar KL ini diberi makan najis dan ikan ini dijual dengan harga yang begitu murah, sekitar RM2.00 sahaja satu kilo serta begitu mudah didapati di pasaran.

Tetapi, aku sendiri belum pernah membeli ikan patin di KL. Satu - satunya sumber yang aku yakin ialah daripada penternak ikan patin yang menternaknya secara sangkar di Temerloh, Pahang. Beliau akan datang utk menjualnya dipasar Bentong dua kali dalam seminggu..

Sehingga kini, masakan ini menjadi hidangan favourite seisi keluarga dan resepi masakannya adalah...

Bahan2: -

1 ekor ikan patin
1 mangkuk kecil tempoyak
2 biji lada besar dan anggaran 10 biji cili api
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1 buku kecil kunyit hidup
Beberapa batang bendir/ terung bulat
Garam dan gula secukup rasa

Cara2: -

(1) Basuh bersih ikan patin dan toskan. Pastikan ikan dicuci bersih untuk elakkan ianya berbau
hanyir.
(2) Tumbuk lada besar dan cili api hingga lumat. Masukkan sedikit kunyit dan tumbuk lagi.
(3) Masukkan tempoyak kedalam lesung batu tadi dan gaulkan rata2 dengan campuran lada tadi.
(4) Sendukkan tempoyak yang bercampur cili kedalam periuk. Campurkan sedikit air dan gaul
rata.
(5) Panaskan diatas api sederhana kecil dan biarkan ia mendidih.
(6) Ketuk serai dan masukkan kedalam kuah tadi bersama2 dengan daun kunyit yang telah disiat
kepada beberapa bahagian.
(7) Masukkan garam dan gula dan biarkan sedikit mendidih.
(8) Masukkan ikan danbiarkan sehingga masak.
(9) Masukkan bendi dan biarkan mendidih lahi.
(10) Sesuaikan rasa masam, manis dan masin.


Monday, July 13, 2009

See u again :)

Tomorrow will be my first class for my 5th semester and back to my normal schedule... busy! busy! busy!... Nampaknya tertangguh lagi projek blog ni..Anyway, i'll try my best to update it:)
Kepada kawan2 yg dah lama tak jumpa tu, ni gambar anak2 - masa projek piknik dengan member2 opis kat ulu kalong..see u!

Sunday, July 12, 2009

Udang Tiga Rasa


Bahan2: -

1 kg udang sederhana besar

1 biji bawang besar dan setengah buku bawang putih – dikisar halus

3 sudu cili boh

Sedikit sos cili dan sos tomato

2 sudu sos tiram

1 sudu cuka

2 batang serai - dihiris halus

3 helai daun limau purut – dihiris halus

1 biji tomato – dihiris

Setengah tin cendawan butang

Setengah mangkuk nenas yang dipotong kiub

2 biji lada besar – dihiris

10 biji cili api – dipotong dua

1 biji bawang besar – dihiris

Garam dan gula secukup rasa


Cara2:-

(1) Gaulkam udang dengan garam dan kunyit – goreng udang sehingga garing. Ketepikan udang.

(2) Tumiskan bawang yang telah dikisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili boh dan biarkan hingga cili garing.

(3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan serai. Biarkan dalam api yang sederhana panas.

(4) Masukkan sedikit air, cuka, cendawan, nenas, bawang besar, lada besar, cili api, buah tomato dan daun limau purut. Sesuaikan garam dan gula.

(5) Biarkan sos ini kering sedikit baru tutup apinya. Apabila sos sudah sejuk sedikit, baru masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaulkan hingga rata. Masakan ini agak kering teksturnya.

Sunday, July 5, 2009

Morning Cocktail

Bahan2:-

1 peket sosej – dipotong kepada tiga bahagian

3 biji kentang – di kupas dan hiris sederhana tebal

1 biji bawang besar – di hiris halus

5 biji bawang putih – dicincang halus

Sedikit daun oregano

3 sudu besar keju

Cara2: -

(1) Goreng kentang dalam api yang sederhana hingga masak. Taburkan sedikit garam semasa menggoreng.

(2) Goreng keju hingga masak.

(3) Kemudian, tumiskan bawang putih dan bawang merah. Masukkan kentang, sosej dan daun oregano. Gaulkan sekejab dan tutup api.

(4) Taburkan keju diatasnya dan gaul lagi.

(5) Angkat dan hidangkan – for breakfast.

CRUNCHIE FRIED CHICKEN


Bahan2:-

½ kg ayam

1 biji bawang besar

½ buku bawang putih

1 buku halia

4 batang serai

4 sudu besar jintan manis

2 sudu besar rempah kari

Garam secukup rasa

Cara2: -

(1) Basuh ayam bersih dan toskan

(2) Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai dan jintan manis

(3) Perapkan bahan – bahan kisar dengan ayam, dicampurkan sekali garam dan rempah kari sekurang-kurangnye satu jam.

(4) Goreng dalam minyak yang banyak dan hidangkan panas-panas