Monday, July 20, 2009

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK





Kali ini kita akan bercakap pasal lauk yang agak famous di negeri pahang iaitu ikan patin masak tempoyak. Bercakap soal ikan patin, ada banyak berita yang menarik mengenainya. Kita mungkin pernah terbaca di surat khabar beberapa tahun dahulu, dimana para peniaga restoran di pantai timur pahang mengenakan harga yang tinggi bagi masakan ini. Ada yang mencecah hingga RM200++ seekor. Ada juga yang terpaksa meninggalkan jam tangan mahal mereka kepada peniaga restoran tersebut kerana tidak cukup wang tunai..!! Berita - berita ini menunjukkan seolah2 ikan ini begitu istimewa..

Tetapi, mungkin juga ada diantara kita yang pernah menerima e-mail berkenaan penternakan ikan patin yang dikatakan kotor. Ada yang mengatakan bahawa ikan patin yang diternak dikolam2 di sekitar KL ini diberi makan najis dan ikan ini dijual dengan harga yang begitu murah, sekitar RM2.00 sahaja satu kilo serta begitu mudah didapati di pasaran.

Tetapi, aku sendiri belum pernah membeli ikan patin di KL. Satu - satunya sumber yang aku yakin ialah daripada penternak ikan patin yang menternaknya secara sangkar di Temerloh, Pahang. Beliau akan datang utk menjualnya dipasar Bentong dua kali dalam seminggu..

Sehingga kini, masakan ini menjadi hidangan favourite seisi keluarga dan resepi masakannya adalah...

Bahan2: -

1 ekor ikan patin
1 mangkuk kecil tempoyak
2 biji lada besar dan anggaran 10 biji cili api
2 batang serai
1 helai daun kunyit
1 buku kecil kunyit hidup
Beberapa batang bendir/ terung bulat
Garam dan gula secukup rasa

Cara2: -

(1) Basuh bersih ikan patin dan toskan. Pastikan ikan dicuci bersih untuk elakkan ianya berbau
hanyir.
(2) Tumbuk lada besar dan cili api hingga lumat. Masukkan sedikit kunyit dan tumbuk lagi.
(3) Masukkan tempoyak kedalam lesung batu tadi dan gaulkan rata2 dengan campuran lada tadi.
(4) Sendukkan tempoyak yang bercampur cili kedalam periuk. Campurkan sedikit air dan gaul
rata.
(5) Panaskan diatas api sederhana kecil dan biarkan ia mendidih.
(6) Ketuk serai dan masukkan kedalam kuah tadi bersama2 dengan daun kunyit yang telah disiat
kepada beberapa bahagian.
(7) Masukkan garam dan gula dan biarkan sedikit mendidih.
(8) Masukkan ikan danbiarkan sehingga masak.
(9) Masukkan bendi dan biarkan mendidih lahi.
(10) Sesuaikan rasa masam, manis dan masin.


No comments:

Post a Comment