Thursday, November 4, 2010

AL FATIHAH BUAT BEKAS ROOMATE KU...UNIVERSITI MALAYA 1994


Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu...

Al Fatihah kepada bekas roomate ku di Universiti Malaya pada tahun 1994.. Pemergian yang abadi kepada Sang Pencipta selepas 5 tahun bertahan kanser payu dara dan kanser ovari..

Siti Marlina Zainal.. Kami merupakan teman sebilik di Kolej Kelima, Universiti Malaya pada tahun 1994. Beliau merupakan bekas pelajar Sek. Tun Fatimah dan dikenali dengan panggilan "Mike". Mike adalah junior setahun dari aku dan merupakan pelajar matrikulasi TESL.

Semasa kami sebilik, Mike jarang2 tidur dibilik. Maklumlah, rumah keluarganya hanya di Kuala Lumpur.. Namun begitu, kami masih sempat juga berbual2 tentang banyak perkara.

Selepas tamat program matrikulasi, aku pulang bercuti ke Bentong. Ketika itu ada juga aku berhubung dengannya dan dia memaklumkan bahawa dia tidak lagi meneruskan pengajiannya di UM dan akan berangkat keluar negara.. Itulah kali terakhir aku berbual dengannya.. Masa itu, e-mail tak ada, handphone pun tak ada. Tambahan lagi keluarga ku telah berpindah rumah. Hubungan kami terputus begitu sahaja...

Masa berlalu terlalu pantas.. Itu cerita 16 tahun lepas.. 2 November 2010, rakan sepejabatku, Sha bercerita padaku.. Dia membaca blog hasil tulisan seorang pesakit kanser yang telah pun meninggal dunia... Bergenang air matanya menceritakan kisah seorang wanita yang diserang breast cancer seawal usia 27 tahun.. Sha begitu bersungguh2 bercerita padaku kisah sedih wanita itu dan ketika itu, aku mendengarnya dengan penuh simpati..

Esoknya, Sha masih lagi membaca tulisan arwah wanita tersebut dan terus bercerita kepadaku tentangnya.. Sebagai teman sekerja yang rapat dengannya, aku faham sikap prihatinnya ke atas pesakit kanser kerana dia juga telah kehilangan ibunya ketika berumur 15 tahun, juga kerana kanser.. Dan aku terus mendengar..

Fokus ku kepada ceritanya serta merta berubah apabila dia buat pertama kalinya menyebut nama wanita tersebut adalah Siti Marlina.. Bermacam soalan aku tanyakan padanya dan jawapannya meminta aku menerima wanita tersebut adalah bekas teman sebilikku.. Dengan pantas aku membuka blogspotnya dan setelah melihat gambarnya, dia memang teman sebilikku..

Anda semua pasti akan tersentuh membaca tulisannya di blogspotnya itu.. Mike diserang breast cancer semasa dia berumur 27 tahun. Sebaik mengetahuinya, pembedahan dibuat di payu dara kirinya.. Dalam keadaannya yang kesakitan itu, teman lelakinya masih sanggup untuk melangsungkan perkahwinan dengannya.. Mike berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan..

Tidak lama kemudian, kanser itu menyerang lagi disebelah kanan dan.. mike melaluinya lagi.. Tetapi apa yang amat menyentuh hatiku ialah apabila dalam kesakitan itu, Mike masih memilih untuk mengandung lagi.. Doktor menasihatkannya bahawa mengandung mempunyai risiko yang tinggi dan memberikannya 3 opsyen: -

(i) Cukup dengan seorang anak perempuan yang sedia ada;
(ii) Mengambil anak angkat
(iii) Lupakan keadaan diri yang sedang sakit dan dapatkan anak seberapa yang dia mahu, serta
serahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT..

Mike memilih opsyen (3) kerana.....

(i) Dia tahu dia tidak akan dapat hidup lebih lama.. Mike ingin mengandung supaya anak perempuannya tidak keseorangan selepas pemergiannya.. Sekurang2nya, anak itu ada adik beradik tempat mengadu nasib..

(ii) Sekiranya anak perempuannya mewarisi gene cancer darinya, maka anaknya itu ada adik beradik untuk menjaganya kerana dia mungkin tiada lagi pada ketika itu..

Inilah yang membuatkan aku merasa begitu sebak sekali...Akhirnya Allah memakbulkan permintaanya.. Dia berjaya melahirkan anak lelaki..Lebih membuatkan aku sedih kerana dia begitu teringin mencium bayinya tetapi sudah tentulah dia tidak dapat menciumnya kerana keadaan sakit yang begitu kritikal mungkin akan memindahkan virus yang ada padanya kepada bayinya.. akhirnya, Mike hanya mampu memeluk bayinya iu untuk tempoh 15 MINIT SAHAJA....Mike akhirnya meninggal dunia pada 6 Julai 2009, dua bulan selepas melahirkan anak lelakinya.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

Walaupun aku hanya mengetahui berita ini setahun selepas kematiannya, aku sangat2 bersyukur kerana Allah masih menyampaikan berita ini kepadaku. Mike telah meninggalkan pengalamannya melalui penulisannya yang begitu menyentuh hati.. Tulisannya itu cukup untuk menggambarkan semangatnya menghadapi kehidupannya ketika itu..

Membaca blognya itu membuatkan aku benar2 bersyukur ketika ini kerana masih mampu berada di dalam keadaan yang sihat untuk membesarkan anak2.. Aku juga masih mampu untuk memeluk dan mencium anak2 pada bila2 masa yang aku mahu tanpa halangan...Dalam keadaan yang sihat dan berkemampuan, aku masih lagi berfikir2 dan mencongak2 untuk menambahkan zuriat sedangkan Mike yang sedang kesakitan tetap jitu ingin melahirkan seorang lagi umat Muhammad..

Kepada yang ingin membaca pengalamannya, boleh lah layari ..
theskyisred-redsky.blogspot.com. Mungkin kita juga boleh memanjangkan blog ini kepada sahabat2 yang ketika ini juga mengidap penyakit agar ianya mampu memberikan semangat kepada mereka..Al Fatihah ..semoga rohnya dicucuri rahmat dan... semoga Allah memelihara anak2 Mike dengan segala kebaikan..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment